Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: APA PUNCA ANAK KURANG AJAR...


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:
APA PUNCA ANAK KURANG AJAR...


Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu
kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok
dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar
atau usik anak asalkan hubungan rapat.

Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia(sebagai pengajaran)." Di
mana yang nak dipukul tu? tapak
kakinya.....bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang
pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak
salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan
kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa
mula merenggangkan hubungan dan ini
menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang
jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk
penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum
sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-
macam.Sianak rasa tertekan dan menyampah
dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh
tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting
dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun
seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat
dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba
cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah
tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan
rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi
jiwanya sentiasa hidup,".

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran,
pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka,
jangan suka mengherdik mereka dengan
perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah
dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka"..inilah yang menyebabkan mereka
derhaka kepada kita...



DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun
tahu mereka bersalah.Jangan rasa tercabar kerana
pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar.

Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak
berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu
juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab
anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak
kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil
endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak.
Kalau menegur pun dengan ekor mata dan
herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.
Kepada kawan tempat mereka mengadu bila
jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.



BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf
dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua
telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita
dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa
semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang
masih hidup dan buat baik dengan mereka.
Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.

Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan
dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya.
Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat
kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau
bala turun.

__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Super Member

Status: Offline
Posts: 546
Date:

insyaallah pari2 tidak akan mengecewakan hati ibubapa pari2.pari2 akan buat yg terbaik utk dia org.insyaalllah

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 204
Date:

samalah kita..........

__________________
~apa ada pada nama~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard