Hari ini tiba2 tringatkan kmatian.ntah knp hati tiba2 sayu je bila memikirkan nyawa kini seolah2 x bharga.Tiap2 hari kita mendgr,melihat @ membaca berita ttg kematian.Klu dulu kmatian sinonim dgn sakit tua,kini x lagi.X kira bsr,kecil,tua @ muda semua nye mpunyai kbarangkalian yg sama.
Bila Izrail dtg mengambil nyawa,pasti tidak tlewat @ tcepat sesaat.Pd ketika itu,kita akan meninggalkan dunia yg fana ini.Tinggalkan isteri/keluarga tersayang,tinggalkan harta dan tinggallah semuanya kecuali amal ibadat yg tlh kita lakukan semasa hidup.Bila 'tutup' mata,hilanglah cahaya keduniaan yg tlh kita nikmati selama ini.Hilanglah kicau burung,deru ombak,ketawa dan tangisan,hilang semuanya.
Nikmat nyawa yg menjadi milik kita hari ini hanyalah pinjaman sementara.Bila tiba masanya, pinjaman itu akan diambil samada kita rela atau x.Bila tiba saatnya,iaitu ketika terpisah roh dr jasad,terputuslah setiap amalan manusia melainkan 3 perkara sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak-anak soleh yang mendoakannya".
Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan dr kehidupan yg sementara ini,kelapangan yg ada, ksihatan yg mengizinkan,usia muda yg secuma dan ksenangan yg sebentar yg dianugerahkan Allah utk membuat kebaikan dan kebajikan sbg bekalan menuju ke alam 'baqa'.Hanya nilai ibadah yg akan mendpt perhitungan Allah di akhirat kelak.Smg kita mendapat kehidupan yg hakiki di dunia yg fana dan memperolehi kehidupan akhirat (syurga) yg abadi.InsyaAllah...