kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula. Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu...<----kate kisah benar...ape da...lenkali letak skali tiade kaitan dgn yg idup atau yg telah meninggal dunia mahu pun yg bakal menemui ajal nye..
lupa nak edit ker...buat2 lupa...bukan aku tak tau ko ni maskara...klu bebudak mcm ko ni gi surau tu...bukan nyer khusyuk solat tu...saje nak ngaco2 org...lagi2 klu solat terawih...mulala tu nak ngorat anak ketua kg tu...mcm aku tak tau...