Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah pokok epal......


Senior Member

Status: Offline
Posts: 153
Date:
kisah pokok epal......


> Kisah Pokok Epal
>
> Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang
> amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar
> bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari.
> Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan
> epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia
> berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut.
> Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat
> permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak
> tersebut. Masa berlalu... budak lelaki itu sudah
> besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi
> menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar
> pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia
> datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang
> sedih.
>
> "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok
> epal itu.
>
> "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar
> bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
>
> "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk
> membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada
> yang sedih.
>
> Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah
> epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk
> mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
> permainan yang kau inginkan."
>
> Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua
> epal di pokok itu dan
>
> pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu.
> Pokok epal itu merasa sedih.
>
> Masa berlalu...
>
> Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin
> dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
>
> "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok
> epal itu.
>
> "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja
> untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah
> sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
> Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
>
> "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau
> boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau
> buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu
> memberikan cadangan.
>
> Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua
> dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya.
> Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
> kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak
> kembali lagi selepas itu.
>
> Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui
> pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki
> yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia
> telah matang dan dewasa.
>
> "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok
> epal itu.
>
> "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki
> yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah
> dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
> Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau
> menolongku?" tanya
>
> lelaki itu.
>
> "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau.
> Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk
> dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan
> gembira," cadang pokok epal itu.
>
> Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang
> pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ
> dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas
> itu.
>
> Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang
> semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu.
> Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di
> sekitar pokok epal itu.
>
> "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak
> diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku
> untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
> batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul
> dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu
> dengan nada pilu.
>
> "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada
> bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu
> kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak
> mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk
> belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,"
> jawab lelaki tua itu.
>
> "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok
> epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu
> pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis
> kegembiraan.
>
> CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA
> REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA
> TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI
> DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.
> BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN
> MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN
> BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA
> TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA
> PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN
> BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA
> SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
>
> ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU
> BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI
> FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
> ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.
> HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA
> KITA MENGHARGAI MEREKA MASA MENYAMBUT HARI IBU DAN
> HARI BAPA SETIAP TAHUN.


hem... best tak citer nie.....
semoga dapat dijadikan pedoman untuk kite...

__________________
buah cempedak di luar pagar, kenapa tak di dalam pagar??? huahuahua..!!!
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard