Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: %MERDEKAKAN JIWA..AKIDAH%


Senior Member

Status: Offline
Posts: 161
Date:
%MERDEKAKAN JIWA..AKIDAH%


**APALAH ERTINYA BENDERA DIKIBARKAN SEKIRANYA AKHLAK KITA MASIH DIBELENGGU KEMUNGKARAN..

31 OGOS..MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Bersahut-sahut perkataan itu dilaungkan sempena tarikh keramat, daripada orang bergelaran dan berpangkat hingga kanak-kanak dan dari lapangan besar hingga halaman rumah.Berpacak bendera berkibar memeriahkan sambutan, penuh warna-warni perbarisan dengan semangat patriotik.Respon rakyat amat dibanggakan, memang hebat.

Tetapi disebalik sambutan itu, apakah pengertian dan pengisian yang tersemat di dada? Kemerdekaan bukan hanya pada perbarisan dan warna-warni pakaian, tetapi pengertian mengenai kemerdekaan dalam membina jiwa yang merdeka..

Kemerdekaan bukan hanya membawa pengertian penjajah yang keluar dari negara. Ia tidak terhenti setakat itu, malah merangkumi semua aspek kehidupan, termasuk jiwa kita sendiri, kenalah berjiwa merdeka.

Jiwa merdeka ialah bebas daripada bergantung kepada penjajah negara, malah diuruskan dengan acuan sendiri dan cara hidup yang tidak terpengaruh dengan unsur negatif penjajah.

Kemerdekaan hakiki ialah merdeka akidah, iaitu memerdekakan jiwa daripada memperhambakan sesama manusia, sebaliknya yang disembah ialah Allah dengan penuh keyakinan dan berbangga dengan Islam yang dianuti.

Islam dijadikan sebagai cara hidup' (way of life), bukan hanya pada ritual harian semata-mata seperti hanya bersolat, berzakat dan menunaikan haji. Dalam erti kata lain, dengan akidah membentuk akhlak dan kemanusiaan.

Dengan akhlak ini jugalah yang membebaskan Arab Jahiliyah daripada perpecahan kepada kesatuan, daripada sifat taksub kepada kasih sayang, daripada sistem kasta kepada amalan sama rata, tiada rasuah dan tiada penindasan, malah yang muda menghormati yang tua, manakala yang tua mengasihi yang muda.

Apa erti bendera dikibarkan sekiranya yang mengibarkan itu berjiwa penagih? Apa erti berbaris selepas perbarisan itu mengadakan lumba haram? Apa erti sekiranya bersatu ketika perbarisan sekiranya rumah tangga berkecai tanpa kasih sayang? Suara lantang memekik merdeka, merdeka, sedangkan suara itu juga yang memaki hamun anak dan isteri dan suara itu juga yang memaki ibu bapa.

Kita boleh belajar daripada barat, tetapi janganlah sampai memalukan seperti berlaku kepada sesetengah remaja kita, belum dapat ilmu tetapi jiwa mereka sudah berjiwa barat.Jika dibandingkan dengan orang dulu, mereka berjuang di atas jalan yang betul, mati juga di jalan betul. Tetapi remaja kita mati di jalan lurus, sebabnya lumba haram. Tidak boleh tengok jalan lurus, mereka pecut.

Sempena ulang tahun kemerdekaan kali ini, marilah kita sama-sama menyambutnya dengan penuh pengertian dan kesedaran.

Ya, kita sudah merdeka, tetapi apakah jiwa kita sudah merdeka?

Jiwa merdeka ialah merdeka akidah, akhlak dan cara hidup, malah yang ditujui ialah merdeka dengan mati dalam iman dan merdeka daripada api neraka Allah s.w.t..Wassalam

...petikan akhbar 1 September 2006

__________________

agIrLrEvoLutIoN* May God gve more 'Nur Cahya' into our heart..Amin



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 39
Date:

ya merdeka..........merdeka........mrdeka


kita bebas merdeka dgn pengorbanan dtk nenek kt jd jag biarkn kt dibelenggu penjajah dlm hdp kita @ dlm erti lain merdeka kanla jiwa kita dr segala perkara2 yg membawakan keburukkn dan kekotoran...



__________________
rien
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard