Kalau kita pergi ke Kajang, semua orang tidak melepaskan peluang untuk makan satay kajang di sana. Terutama sekali Satay Haji Samuri sebab ianya sudah terkenal seantero Malaysia. Sekarang ni tak payahlah pergi jejauh ke Kajang, makan saja di Awan Besar (tempat rehat di highway Kesas), sebab Haji Samuri dah buka branch di sana. Untuk itu teman nak berkongsi pengalaman (yang mungkin tidak boleh dilupakan) selepas memakan Satay Haji Samuri.Pada hari minggu yang lalu, sy berserta dengan kwn2 (2 kereta) baru pulang dari Sungai Chongkak. Dalam perjalanan pulang, kami bercadang untuk singgah di Awan Besar untuk makan malam - apalagi, sataylah!!! Masing-masing semuanya tengah kelaparan sebab sehari suntuk bermandi-manda di sungai. Setibanya di sana, kami pun order seperti biasa (masa tu orang yang makan dan bawa pulang punyalah ramai). Kamipun makanlah dengan penuh berselera sekali tanpa menghiraukan orang sekeliling. Setelah kenyang, kwn sy pergi ke surau untuk solat maghrib & kwn sy yg lg sorang ke toilet & hisap rokok sebentar. Lebih kurang 15minit kemudian kamipun bayar bil & berlalu dari Awan Besar Dalam perjalanan pulang, sy dah rasa ngantuk sebab kenyang sangat, tiba-tiba kwn sy menegur suaminya "aku, tadi makan satay banyak betul!!" Terus kwn sy yg lg satu tu cerita, "Kalau korang, dengar cerita ni,mesti tak nak makan satay kajang lagi........ ..." Semua yang ada dalam kereta tanya dia "Kenapa??" Dia pun cerita, setelah dia pergi ke toilet, dia pergi hisap rokok di tepi toilet tu dekat belakang kedai Satay Haji Samuri (kedainya di sebelah tepi sekali). Dia memerhatikan seorang pekerja sedang menyatukan sisa-sisa kuah satay (yang biasanya dalam mangkuk kecik-kecik) ke dalam sebuah mangkuk besar. Seorang pekerja lagi sedang mengumpulkan lidi satay yang telah digunakan orang ke dalam satu bekas besar.kwn sy ni secara spontan bertanya kepada pekerja yang sedang menuang sisa kuah satay tadi (sebab jaraknya lebih dekat dari pekerja yang sedang mengumpul lidi satay). "Dik, kuah ni nak buang ke?" Jawab pekerja tadi, "Taklah bang, mana boleh buang, kuah ni mahal tau, kita pakai balik....." kwn sy, terkejut betul dengan jawapan tadi, dia pun tanya lagi "Lidi-lidi tu pun tak buang ke?" Jawab pekerja tadi, "Ialah bang, kita cucuk satay balik" Pada mulanya kwn sy tu, ingatkan pekerja tadi bergurau saja, rupa-rupanya pekerja tu bercakap benar.Kemudian, dia lihat pekerja itu terus bangun dan membawa sisa kuah yang telah disatukan ke dalam mangkuk besar tadi ke dalam kedai (mungkin untuk di hidangkan semula). Setelah melihat kejadian tadi, kwn sy td pun terus berlalu dan memegang perutnya sebab dah kenyang makan satay....... .. Kami di dalam kereta yang mendengar cerita tersebut sungguh terkejut dengan cerita tadi. sy berapa kali tanya kwn sy tu, "Betul ke ni, Fozi....." (terasa loya pun ada). "Betullah", jawabnya . Selepas itu bermacam-macamlah perkataan keluar untuk melepaskan perasaan geram & marah. "Cuba bayangkan kita makan sisa kuah satay tu, entah-entah Cina, India, semuanya di campurkan sekali..ee gelinya!" "Ialah, kita manalah tahu kalau orang yang makan ada penyakit HIV ke, penyakit yang senang berjangkit," "Lidinya orang dah gigit-gigit lepas tu kita pulak gigit...." "Patutlah, kita makan sedap aje....." "Agak-agaknya, dia malas nak masak selalu kuah tu, diam main tambah-tambah aje...." "Entah-entah, itu dia punya petua untukpelarisnya kot......... ......." "Wallahuallam bissawab" sy cakap untuk meredakan suasana - well, sekarang kita dah tahu, lepas ini tak janganlah makan lagi Satay Haji Samuri dan kita sebarkan berita ni kat internet supaya orang lain pun sedar....Itulah ceritanya, so kalau you all nak makan satay,kenalah berhati-hati. Tapi yang nyata, sy tak akan makan Satay Kajang lagi........ ......... ......... .
perggh.. bia btol nie bru mgu lepas aku p mkn kat sane....apsal ko xbgtau awal2.... uueeek....ueeekk......ohhh aku dinodai.... sape nak jd mak sanggup nie..aku xrela diperlakukan begini...
Mister Rie wrote: errkkk..... aku rasa dah 100 kilo ayam sate kajang aku telan... patut la muka aku dah tak hensem lagi... mesti bekas lidi aku makan tu bekas gab...
errrkkk....
yerrkkk...geli aku...pasni ko jgn bkongsi makanan ngn aku dh..huh!!tak sangke aku si rie ni sggup memakan bekas2 makanan owang..bayangkan la beliau leh mkn bekas makanan owang bekurap,bepanau,besopak..huh!mcm2 lg..bile di bayangkan rs nak tekua isik perot aku nie..nasib baik aku tak gemar mkn satay...
rie...ari tu yg ko ajk aku g kajang tu ko nak blanje aku mkn satay ker?jadi ke tak nie..gpong dh lame aku tak mkn satay nie..ye la,aku kan kene bpantang makan satay..skg ari berpantang aku tu dh nak abis,leh la kite pekene satay ek..ekehkehkehkeh
Mister Rie wrote: errkkk..... aku rasa dah 100 kilo ayam sate kajang aku telan... patut la muka aku dah tak hensem lagi... mesti bekas lidi aku makan tu bekas gab...
errrkkk....
Bila masa pulak aku makan tinggalkan lidi satay tu kat kiosk diaorang.. selalu tu aku bungkus bawak balik aje.. Lagipun aku kalau makan satay ni, takdenya tinggal2 lidi, semua aku telan dgn lidi2nya sekali!
Yes.. Haji Samuri baru buka kiosk baru kat Hentian R&R Awan Besar, di tengah hiway dr Subang Jaya nk ke Bukit Jalil.. kiosknya sebelah tepi di kanan sekali.. tp jauh dari toilet di belah kiri.. dan belah belakang tu takde apa2 pun.. Setakat nak isap rokok, kat belah depan R&R tu pun boleh? Kenapa pulak kawan Rooney ni nak lepak2 belakang kedai yg gelap gelita tu.. Maklumlah, skrg ni R&R tu tgh under renovation..
Apapun.. mmg cerita mcm ni dh bnyak di dgr.. Biasalah.. Kalau taknak makan dia punya, masak aje la satay sendiri..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
ape kes AF nie skrg tempat aku dipenuhi peminat AF ade owang AF datang wat show ....kire tajok baru nak wat mase ari raya nanti isk2 ......BALIK PULAU taw?
chikun wrote: ni la melayu..kalau nak meniaga, untung je sikit..mula nak tabur fitnah..pelaris la.. monyet kencing la.. mcm mcm...
aku setuju 100% ngan chikun..aku pn bosan la dapat emel pasal restoran ni buat macam ni, kedai mkn ni buat macam tu.. pengeluar biskut ni tambah perisa babi la... ape la.. cube la pikir...mane la tau citer2 ni competitor die yg reka??saje nk jatuhkan bisnes org lain?? adat la beniaga tu.. muak..muak..