Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah benar gadis biskut....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 271
Date:
kisah benar gadis biskut....



Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari
pandangan seseorang. Seorang wanita(gadis biskut) di lapangan terbang sedang
menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang
dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia
terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari
bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak
malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama
banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu
dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat
dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya
dari mememarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani
sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.

Kedua- dua w anita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan
untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas
lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak
menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya
untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu
bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.

Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan
tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki
itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki
itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga
biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa
tunggubas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding
perempuan....hahahahaha

Moral 3: Jika tak nak kongsi biskut ngan org lain, kongsi lah
citer nih ngan diaorg



__________________
http://prepaid4u.net/?id=qamel


Senior Member

Status: Offline
Posts: 256
Date:

aku rase tetibe je nak menyokong moral no 2 tu.. tapi kadang2 org pompuan kalo makan biskut pun ada yang nampak comel jer.. isk2 terpikat aku

__________________
chox si kuih


Senior Member

Status: Offline
Posts: 153
Date:

betui betui tu chox...
hehehe... terutama awek aku bile makan biskut memang comel...
hahahaa.....

__________________
buah cempedak di luar pagar, kenapa tak di dalam pagar??? huahuahua..!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 783
Date:

kee ko budak lelaki tu renji??? hihi...kiranya ko nak org tahu...ko nih baik aaa sbb share dgn biskut??? tetibeeee je bukak citer biskut??

__________________
sweet november 2006-


Senior Member

Status: Offline
Posts: 256
Date:

wes jom kite klua makan!!
lame tak jumpe dak sek ren nie hehe

__________________
chox si kuih


Senior Member

Status: Offline
Posts: 189
Date:

chox wrote:


aku rase tetibe je nak menyokong moral no 2 tu.. tapi kadang2 org pompuan kalo makan biskut pun ada yang nampak comel jer.. isk2 terpikat aku



hahaha....


akula salah sorang yg chumeyl tuh...



__________________
**So HaPpY BuT nOw So LoN3Ly***
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard