Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: "tempahkan ku bilik d neraka"


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 73
Date:
"tempahkan ku bilik d neraka"


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki
sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal
dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman,
pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat
segala yang patut disembunyikan bagi seorang
perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam
bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban
menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya
jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama Islam
kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian
begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan
jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?
Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa
mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya
kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-
kata yang lebih dahsyat.

"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah
serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku, " katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya
dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan
begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar
jawapan dari si gadis manis.Sayang wajahnya
yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang
buruk.Penumpang-penumpang yang lain turut
terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan.Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis yang masih muda itu yang
tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka
tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan
akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati
tertidur di muka pintu bas.Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain
mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri.Tiba tiba orang tua tadi memeriksa
nadi si gadis.Sedetik kemudian dia
menggelengkan kepalanya.

Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam
keadaan yang tidak disangka. Para penumpang
menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh
gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.Orang ramai
segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah
tersebut.Tapi sekali lagi mereka terkejut.Sesuatu
yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di
jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah
dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat
mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan
mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik
saja menyentuh tubuh si mayat.Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas
dengan berita yang menggemparkan itu.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah
bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas
segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar
dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai
Muslim sejati. Jangan sekali sekali kita
mempertikaikan hukum Allah dan mahupun
sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan
atau mengejek.Kata kata seperti ajaran Islam tidak
sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini
atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat
biadab dan menghina Allah,pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian,
tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita.Hanya
masanya saja yang akan menentukan bila kita
akan kembali ke alam barzakh.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 833
Date:
RE: "tempahkan ku bilik d neraka"


tima kasih virus eletrik
sesungguhnya ALLAH ITU MAHA BERKUASA

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:


jgn main2 ngn hukum2 agama....
nnti jd cm gadis mulut celupar tu...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

Pompuan tuh aku rase2 dalam hati dier tuh dah itam x leh nak wt apa dah ..patot la cakap cam ghitu ..

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 73
Date:

biar menjadi teladan kite sume...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard