KENYATAAN dikeluarkan oleh Mawi lantaran meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon mendapat respons dan komen beberapa artis terkemuka tanah air kita. Malangnya, isu seperti ini mendapat respon yang negatif oleh artis yang begitu jahil dalam mendalami agama Islam. Puak Kafir begitu gembira melihat kejahilan yang ditonjolkan oleh 2 orang artis ini.. "Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?".
"Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkanlah aku nak tengok sahaja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?".
Inilah yang diulas oleh seorang pelakon ternama berkenaan dengan kenyataan kontroversi Mawi yang dikatakan seolah-olah menghina pekerjaan mencari rezeki pelakon-pelakon tanah air.
Bagi saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu lebih berbahaya. Beliau bukan sahaja membidas Mawi malah lebih dari itu seolah-olah memperlekehkan hukum Allah s.w.t secara halus.
Ketetapan hukum yang ditetapkan oleh Allah sudah tentu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Dia lebih memahami apa yang baik dan buruk terhadap hamba-hamba-Nya. Mengapa mesti mempersoalkan hukum ini?
Seorang lagi artis veteran yang cukup kontroversi pula berkata: "Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud. Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atid jalankan tugasnya." Tambah beliau lagi, "Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit".
Saya agak terkilan dengan kata-kata artis veteran itu.Beliau merupakan seorang artis yang selalu melakonkan watak2 seorang lelaki yang wara' dalam agama. Alangkah sedihnya ilmu yang dipelajari dan didalami hanya menjadi menjadi tiket untuk digunakan mengejar glamour di dalam bidang seni. Sebagai seorang yang berilmu beliau sanggup mengenepikan hukum Allah dalam mengutarakan hujah yang paling 'BODOH' ini. Alangkah jengkel pemikiran artis veteran ini. Prinsip sembahyang selain daripada meneguhkan tiang agama dan membezakan orang Islam dan bukan Islam ialah untuk mencegah daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran. Seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keburukan dan kemungkaran."
Apakah erti solat sekiranya ia tidak mencapai objektif yang ditetapkan oleh Allah s.w.t itu. Sebagai seorang Muslim, kita dipikulkan dengan amanah untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar kepada sesiapa sahaja mengikut kemampuan kita. Sekiranya kita melihat kemungkaran tetapi kita juga tidak mencegahnya maka kita juga akan terpalit dosanya.
Allah s.w.t tidak mengecualikan hukum kepada golongan artis. Lebih baik kita berniaga daripada terus berkompromi dengan perkara ini. Saya ingin memohon maaf kepada golongan artis tanah air kerana kenyataan ini bukan hanya melibatkan periuk nasi anda semua, tetapi ia juga melibatkan persoalan 'akidah Islamiah dan tahap keimanan kita kepada-Nya.
tu la jawapannya kalau bertanya pada artis...cuba tanya pada ahli agama,lain jawapannya...mcm mempertikaikan hukum agama plak dorg ni...klau x puas hati pun, x perlu la sampai nak mempertikaikan..
bg aku, artis yg komplen psl mawi wat kenyataan tuh, same spt die komplen hukum Allah. belakon watak ibu dan anak sekali pun, mereka tetap bukan muhrim dow. sedangkan ibu angkat dan anak angkat kalo besentuhan batal air semayang. ini kan plak, pelakon.
bg aku si rosyam ngn m rajoli tuh cpt melatah. dorg melatah sbb dorg besentuhan ngn ppuan. plg mengecewekan komen si m rajoli. astghfirullah ~ senang aje die ckp, Allah bg 5 waktu utk mencuci dose, hey ! 5 waktu tuh blom tentu kalo kite solat tungging tebalek, Allah akan hapuskan dose kite, bersolat, beribadat ape tujuannye ? 1 kewajipan, tanggungjawab, serta utk mengukuhkan keimanan dan berdoa agar segala dose2 di ampukan oleh Nya, dah kalo nawaitu pk time solat tuh semate2 nak cuci dose, mmg da tepesong lar tuh, oo, kalo camtu senang lar, arineh aku menchuri, masok zohor kang aku nak solat, so, hapos la dose aku dr menchurik. so, camtu lar ?
ampes nye mereka neh, nak wat kenyataan x agak2, even nak jatoh kan populariti mawi pown, dis is not the way man ! aku ckp neh bkn sbb aku menyebelahi mawi oke, neh kes camneh da melibatkan hukum Allah, sesungguhnye kenyataan rosyam dan m rajoli lebeh berbahaya dr mawi. smuga Allah mengampunkan dose2 mereka, kita dan jugak kalian. amin ~
__________________
paintbox is going to close d account. tata all. x)
mase aku post dulu pon aku lupe pasal mawi...nasib bek aku xminat mawi...kalo x, mesti tpesong jawapan aku..elok2 nk bekap hukum Allah, aku bekap mawi lak...miahahaha
mase aku post dulu pon aku lupe pasal mawi...nasib bek aku xminat mawi...kalo x, mesti tpesong jawapan aku..elok2 nk bekap hukum Allah, aku bekap mawi lak...miahahaha
kantoi minat mawi. ngaku jer r syaniem. haha.
__________________
paintbox is going to close d account. tata all. x)
tu la pasal aku ni mmg x minat la artis malaysia ni..dh la bodoh tu satu hal..pegi tunjuk lak kebodohan sendiri..kire bodoh kuase dua la tu..
tp sebenarnye la..aku rase diorg ni bukan x tau hukum agama..tau sangat2..sesaje je wat bodo.. tau tp x amal.. ala..ramaije yg camtu skrg ni..kalo ckp pasal agame..berdegar2 bunyiknye.. tp bile tgk, org yg bercakap tu sekadar ckp je..hakikatnye.. dirik sendiri pon kekdg lg teruk..pakai ntah hape2.. macam x cukup kain..
tu la pasal aku ni mmg x minat la artis malaysia ni..dh la bodoh tu satu hal..pegi tunjuk lak kebodohan sendiri..kire bodoh kuase dua la tu..
tp sebenarnye la..aku rase diorg ni bukan x tau hukum agama..tau sangat2..sesaje je wat bodo.. tau tp x amal.. ala..ramaije yg camtu skrg ni..kalo ckp pasal agame..berdegar2 bunyiknye.. tp bile tgk, org yg bercakap tu sekadar ckp je..hakikatnye.. dirik sendiri pon kekdg lg teruk..pakai ntah hape2.. macam x cukup kain..
tepuk dada..tanye la iman masing2...
hah. aku setuju 100% ngn si quill neh ! ade setengah org pndai ckp agame kemaen ~ bung bang bung bang.. tp diri seniri lowm tentu wat. ish. teraser lak kat aku neh. huehue. apepon, gune kan lah ilmu sebijaknye !
__________________
paintbox is going to close d account. tata all. x)
susah nak bace isik ati owg nie..kekadang tu dowg mmg suke ckp ikut mulut..bukan nak pk dulu..ni lah die suke sgt bcakap dulu baru nak pk..giler...giler...