Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu?? X : Sudah tentu…solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya. Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tapi ikot mood le.. Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah…
Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan?? X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah.. Y : Ofcoz la posa… malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya. Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??
Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung?? X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so..faham2 lah ye.. Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah.. Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku…
Soalan4 :Apakah aurat bagi lelaki?? X : Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau.. Y : Antara pusat n ketiak kot… tak pasti.. Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??
Soalan5 : Apa pendapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit?? X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam. Y : Tanya la dia..mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..
Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak?? X : Haram… batal wuduk.. bukan mahram so jangan le.. Y : Ala… stakat salam tu takpe lah.. Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu takpe la..
-Dalam golongan manakah kita tergolong?? X, Y atau Z?? tepuk dada, tanya Iman.. Kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa.. rapuh imannya, longgar jiwanya, sempit mindanya. Jadilah manusia LUAR BIASA.. kental imannya, gah jiwanya, tertib solatnya & Quran juadahnya. Wassalam..
__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........
Pepsiman wrote: -Dalam golongan manakah kita tergolong?? X, Y atau Z?? tepuk dada, tanya Iman.. Kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa.. rapuh imannya, longgar jiwanya, sempit mindanya. Jadilah manusia LUAR BIASA.. kental imannya, gah jiwanya, tertib solatnya & Quran juadahnya. Wassalam..
sesungguhnya aku tergolong dalam golongan X...maka dengan itu...aku ialah manusia LUAR BIASA....