Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: saat aku ditalkin


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 32
Date:
saat aku ditalkin


Sebak dada bila membaca cerita ni .... Tetapi ianya bagus ... Semoga kita insaf dan menjadi pengajaran. InsyaAllah ...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap ........
Asyhaduallailahaillallah ........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat" jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah .....Tapi mataku ....... semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu ..... aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkanlah daku. "Yassin ......" bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut ...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas ........". tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang, "Nenek ...........". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu ......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi .....".

Ayah ....... kau datang ayah .......". "Matilah dalam agama yahudi anakku, matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek .... ibu ..... ayah ..... suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah ......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini?. Akulah sakaratul maut .......!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung nyawa.


 


semoga kita sama2 menghayatinya.



__________________
hasnida


Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

hmmmm... tatotnye..





__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 32
Date:

apa yang nak tatotnya?

__________________
hasnida


Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

has_2006 wrote:

apa yang nak tatotnya?



entah..

pakai type ja..

huhuhu..



__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 32
Date:

hu.hu penat aku copy cerita tu

__________________
hasnida


Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:



oit has cter ni bkn ke yg dlm keset nye tu...

seingt aku time kat asrama dlu slalu la psg cter ni bg org sng bgn subuh hahahah...

sape dok skolah agama tau la kot....

ade lg tu kn tk abis lg tu

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

aku penah gak dengar cita nie kalo x silap aku uztazah aku mase skolah agama dulu ..tapikan kalo kita jadik cam gini kita nak pilih mana 1 ??


Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut ...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas ........". tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang, "Nenek ...........". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu ......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi


hmm ....



__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 32
Date:

entah tapi aku takut gak bila berada dalam keadaan begitu.hanya jasad je yang ada.kalau kau pilih yang mana satu?

__________________
hasnida


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

erm..tajuk lari 2....
saat sakaratul maut mnjemputku sptutnye....,

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

huh insaf sekejap ku.....

__________________

 someOne .....is..waiting..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard