Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Menyeberangi Alam Barzakh


Super Member

Status: Offline
Posts: 833
Date:
Menyeberangi Alam Barzakh


Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami
>> kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung
>> nampak? Apasal?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi
>> penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.
>>
>> "Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,"
> saya
>> berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke
>> kepala.
>>
>> Mari gi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja,
> gaji,
>> overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar
>> sambil memikul cangkul dan botol airnya.
>>
>> "Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.
>>
>> Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya
>> termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya.
>> Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin
>> mendesak.
>>
>> Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal
> Abang
>> Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita
>> tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal
>> simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau
>> bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...
>>
>> Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur
>> dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu
>> terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.
>>
>> Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah
>> badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau
>> dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking
>> datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak
> boleh,
>> kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...
>>
>> Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda
>> saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas
> dan
>> mengacau fikiran.
>>
>> Pergi... pergi sekarang! Johar, masa nilah kalau nak cuba. Kawan-kawan
>> dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
>>
>> Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala
>> kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan
>> jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di
>> telinga.
>>
>> Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?'
> Kan
>> engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Alah, bukannya
>> kena tangkap, bukannya boleh mati...
>>
>> Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu
>> cerita orang aja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat
>> semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!
>>
>> Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan
>> terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja
> digali
>> sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai
>> persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak
> kematian
>> sekali gus, taklah timbul masalah.
>>
>> Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,
>> lailahaillallah, lailahaillallah...
>>
>> Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau
>> tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya
>> betul-betul gemuruh.
>>
>> Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan
>> segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang
>> di depan mata.
>>
>> Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran
>> dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu.
>> Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada
>> malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.
>>
>> Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa
>> saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya
> memang
>> gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya
>> ingin juga merasainya.
>>
>> Lailahaillallah
>>
>> Lailahaillallah
>>
>> Lailahaillallah
>>
>> Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam
>> dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.
>>
>> GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!
>>
>> Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi
>> sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.
>>
>> "Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana
> bunyi
>> itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti
>> hendak mengalir.
>>
>> GGGRRRRUUUMMM...
>>
>> Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit.
> Saya
>> menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada
>> tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan
>> bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.
>>
>> Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke
>> tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
>>
>> ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK
>>
>> Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia
>> sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di
>> kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.
>>
>> AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!
>>
>> Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati
> tak
>> dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada
>> terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak
> mampu
>> ditembusi.
>>
>> Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...
>> PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.
>>
>> PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!
>>
>> Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai
> lalu
>> disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu,
> kedengaran
>> pula tulang-temulang patah!
>>
>> Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah
>> yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit
> tubuh
>> orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang
> selangkanya.
>> Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu.
>> Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila
>> mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah
>> berderap-derap.
>>
>> Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan
>> angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan
> telinga.
>>
>> Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam
>> seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam
>> yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang
>> membara, merah menyala.
>>
>> Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis,
>> namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh,
>> panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya
>> masak.
>>
>> "ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga
>> itu memukul kaki saya.
>>
>> Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai
>> hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu
>> membakar daging paha saya.
>>
>> "Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga
> hitam
>> besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya
>> ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.
>>
>> Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit
>> menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda
>> gempa.
>>
>> Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai
> dahan
>> sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap
>> lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi
>> panas.
>>
>> Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa
> sesuatu
>> yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam
>> hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang
>> lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.
>>
>> "Johar... Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil.
>>
>> Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan
>> terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.
>>
>> "Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan
>> digoncang-goncang.
>>
>> Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak
>> Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.
>>
>> Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar
>> beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta
>> mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama
> mencari,
>> akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.
>>
>> "Engkau menepis sana, mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau
> tumbuk.
>> Aku ambil air, aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi
> yang
>> digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.
>>
>> Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang
>> telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.
>>
>> Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan
>> penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang
>> tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa
>> berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.
>>
>> Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka
>> berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu.
> Ada
>> yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan,
>> mimpi dan igauan semata-mata.
>>
>> Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah
>> saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu
>> adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya
> mimpi
>> semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.
>>
>> Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.
>>
>> Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang
>> benar-benar mendalam di hati saya.
>> Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA
>> itu benar....dan..azab kubur ...itu juga benarrrr.....
>> Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa
> kita....
>> AMIN YA RABBAL A'LAMIN




__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

Masyallah..



__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

goku!!ko ni pandai gak bab2 agama ni yerk tu pon sbb ko copy kat internet kan??kan??

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 833
Date:

waduh..waduh..
macam maner plak bleh terkantoi nih...
echemen tol lar....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

aku lak rasa nak nanges..tunggu gambo mawi abes load..isk..isk..isk..
da 10 menit aku tunggu..biasanya 30 saat jek loading.ntah naper aa!!echemennya mawi..


 



__________________
"nama saya Rain~"


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

fuh mawi.... dapat si apa ke nama minah tu?

phia... jom kawin....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

Mister Rie wrote:


fuh mawi.... dapat si apa ke nama minah tu?

phia... jom kawin....




waduh!!aku nak ngorat ngko pun gigi patah satu(tgk abatar).kena belasah si asya tuh!!
isk..x mow aku!!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

phia_1001 wrote:



Mister Rie wrote:


fuh mawi.... dapat si apa ke nama minah tu?

phia... jom kawin....




waduh!!aku nak ngorat ngko pun gigi patah satu(tgk abatar).kena belasah si asya tuh!!
isk..x mow aku!!




ecemen...cinta 3segi lagi korang ni!!rie ko kan dah ader gabariah n jubin so c phia tu ko passing ler kat aku

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

ko ingat aku nih bola sepak ke??nak pasing²!!
echemen!!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

phia_1001 wrote:



ko ingat aku nih bola sepak ke??nak pasing²!!
echemen!!




phia lebey baik ko jauhkan diri kau dari ciRiepan sbb dier ader udang disebalik char koey teow klu ko tak cayer ko sndri leh tanyer dier sbb dier ni mencintai kaum sejenis

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

fear factor wrote:



phia_1001 wrote:



ko ingat aku nih bola sepak ke??nak pasing²!!
echemen!!




phia lebey baik ko jauhkan diri kau dari ciRiepan sbb dier ader udang disebalik char koey teow klu ko tak cayer ko sndri leh tanyer dier sbb dier ni mencintai kaum sejenis




aku tau!!aku tau!!bab tu arr aku pasang dua..ko x tgk ke dak kiut tuh??(abatar)
echemen..rie tuh stakat pakai buang..cam lampin giteww!!


(kalo rie baca,allahyarhamah lah aku..)



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

datin syeRie tu bkn takat lampin pakai buang malah lampin yg dah di buang di lorong hj.taib sanggup dipakainyer!!datin syeRie gak dapat mengumpul lebey kurang 20-30 helai pampers setiap hari n bergantung gak pada keadaanbiler nak insaf n betaubat pon aku tak tau...wallahuallam...

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

fear factor wrote:


datin syeRie tu bkn takat lampin pakai buang malah lampin yg dah di buang di lorong hj.taib sanggup dipakainyer!!datin syeRie gak dapat mengumpul lebey kurang 20-30 helai pampers setiap hari n bergantung gak pada keadaanbiler nak insaf n betaubat pon aku tak tau...wallahuallam...


yang ko asek sebut nama boipren sementara aku tu kenapa???
ko da syok kat dia ke??nak penumbuk ke??

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

phia_1001 wrote:



fear factor wrote:


datin syeRie tu bkn takat lampin pakai buang malah lampin yg dah di buang di lorong hj.taib sanggup dipakainyer!!datin syeRie gak dapat mengumpul lebey kurang 20-30 helai pampers setiap hari n bergantung gak pada keadaanbiler nak insaf n betaubat pon aku tak tau...wallahuallam...


yang ko asek sebut nama boipren sementara aku tu kenapa???
ko da syok kat dia ke??nak penumbuk ke??



salah ker klu aku sebot namer nyahfren ko tu??ko dah pk masak2 ker nak couple ngan dier??kang jgn sampai aku bacer kat suat kaba yg ader citer2 bkn2 dah ler yerk

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

astargfirullahalazim...huh....

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

astag...aweks pun nk join gak ker??jgn sesekali aweks dktkan diri aweks dgn dak laki tu k

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

ok2...aweks takkan mendekat kan diri pada d0rang!!
malah aweks akan mendekat kan diri aweks kat abg key!!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard