Try bayangkan jika anda berada dalam keadaan di bawah
Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan > ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas > dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja > sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu > kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu > kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. > Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi > petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak > aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan > meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak > pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak > sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah.. > > > > Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, > tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku > katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab > lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur > rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. > lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk > diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur > rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je > kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas > dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku > masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada > 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup > mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang > kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan > Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka > ikatan yang menutup mataku. > > > > Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi > malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun > tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi > mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan > kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega > rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji > telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu > la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu > das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap > beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai > tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah > macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar > bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu > isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise > dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku > rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. > lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin > taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar > sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau > dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau > dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga > atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut > 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau > bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan > minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! > HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata > aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa > ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus > melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka > merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar > aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku > dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi > aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua > aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun > jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!