Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: keesaan ALLAH


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:
keesaan ALLAH


Sayid Qutub berkata: “Kemudian ayat-ayat yang berikut terus berbicara menegakkan kefahaman Islam di atas tapak asasnya yang agung, iaitu tapak asas tauhid. Ia di samping menayangkan pemandangan-pemandangan alam buana yang memberi pengakuan dan pembuktian yang tidak dapat dipertikaikan lagi terhadap hakikat tauhid ini.


Kemudian ia mengecam golongan manusia yang mempertuhankan berbagai-bagai tuhan selain Allah dan menggambarkan keadaan mereka yang hampa dan kecewa pada hari mereka melihat azab, di mana mereka masing-masing berlepas diri terhadap satu sama lain.


Namun, pelepasan diri mereka tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka, dan penyesalan-penyesalan mereka juga tidak berguna dan tidak dapat mengeluarkan mereka dari neraka.”


Firman Allah: Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa dan tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit-langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, penciptaan kapal-kapal yang berlari di lautan dengan muatan yang berguna kepada manusia, kejadian air hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya bumi yang telah mati dan menghamburkan di dalamnya segala aneka haiwan, juga pengedaran angin dan awan-awan yang dijadikan di antara langit dan bumi itu adalah menjadi bukti-bukti yang jelas kepada orang-orang yang berfikir. (Al-Baqarah: 163-164)


Firman Allah: Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa dan tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.


Dari dasar keesaan Uluhiah yang ditegas dan disokong dengan bermacam-macam cara penegasan inilah tegaknya keesaan Tuhan Ma’bud yang tunggal.


Di mana seluruh makhluk menumpukan perhambaan dan ketaatan mereka kepada-Nya, tegaknya kekuasaan pihak yang tunggal, di mana seluruh makhluk menerima segala arahan mengenai dasar-dasar akhlak dan perilaku mereka darinya.


Tegaknya sumber perundangan yang tunggal di mana seluruh makhluk menerima dasar-dasar perundangan dan peraturan darinya dan tegaknya sistem hidup yang tunggal yang mengatur kehidupan manusia di segala jalan.


Firman Allah: Sesungguhnya dalam penciptaan langit-langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, penciptaan kapal-kapal yang berlari di lautan dengan muatan yang berguna kepada manusia, kejadian air hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya bumi yang telah mati dan menghamburkan di dalamnya segala aneka haiwan. Juga pengedaran angin dan awan-awan yang dijadikan di antara langit dan bumi itu adalah menjadi bukti-bukti yang jelas kepada orang-orang yang berfikir.


Ibn Jauzi berkata, sebab turunnya ayat ini ada tiga pendapat.


Orang musyrikin bertanya kepada Nabi, jadikan Bukit Safa emas untuk kami jika kamu benar. Inilah pendapat al-Suddi yang menghikayatkan daripada Ibn Mas’ud dan Ibn ‘Abbas.


Bahawa mereka bertanya nasabkan untuk kami Tuhanmu dan sifat-Nya. Ini riwayat Abu Soleh daripada Ibn ‘Abbas. Inilah juga yang dinyatakan oleh Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya.


Tatkala turunnya ayat dan Tuhan kamu Tuhan yang satu, orang kafir Quraisy berkata: Mana mungkin manusia yang ramai tertumpu kepada satu Tuhan sahaja. Lantas turunnya ayat ini seperti kata ‘Ata.



Membuka mata dan hati


Sayid Qutub berkata: “Cara menggerakkan pancaindera dan menyedarkan perasaan ini sewajarnya dapat membuka mata dan hati terhadap kejadian-kejadian yang menarik di alam buana ini, iaitu kejadian-kejadian yang mengagumkan yang telah kehilangan sifat kebaharuan dan keanehannya dan saranan-saranannya kepada hati dan perasaan kerana terlalu biasa melihat oleh kita.”


Ia merupakan seruan kepada manusia supaya meneroka alam buana selaku seorang yang baru melihatnya bagi pertama kali dengan mata yang terbuka, perasaan yang terharu dan hati yang bersemangat.


Alangkah banyaknya keanehan dan keajaiban yang terdapat dalam pemandangan-pemandangan yang berulang-ulang ini dan alangkah banyaknya mata dan hati yang terharu apabila melihat pemandangan-pemandangan ini bagi pertama kalinya.


Namun, setelah mata dan hati biasa melihatnya, maka hilanglah kejutan terperanjat dan kagum dan hilanglah keindahan pandangan pertama yang menyaksikan temasya alam yang amat menarik ini.


Langit-langit dan bumi ini... Jarak-jarak yang amat jauh ini, jirim-jirim yang amat besar, ufuk yang sayup saujana dan alam-alam yang majhul ini, kedudukan-kedudukan dan peredaran-peredarannya yang selaras di angkasa raya yang memeningkan kepala ini.


Rahsia-rahsia alam langit yang membisik kepada hati dan berselimut dalam pakaian yang majhul ini. Langit-langit dan bumi hatta walaupun manusia belum lagi mengetahui sesuatu tentang hakikat dimensinya, saiz-saiznya dan rahsia-rahsianya kecuali sebahagian yang dibukakan Allah kepada mereka apabila daya pemikiran semakin subur dan apabila kajian-kajian ilmiah membantu mereka...


Pertukaran malam dan siang, penggantian nur yang terang dengan kegelapan yang hitam, perselisihan pancaran pagi dengan kesuraman senja, kemunculan fajar menyingsing dan matahari jatuh terbenam telah sekian banyak menggoncangkan perasaan dan mengharukan hati manusia dan telah sekian banyak mengagumi mereka.


Kemudian ciri-cirinya yang mengkagumkan dan menarik itu hilang apabila terlalu kerap dilihat mereka kecuali hati yang mukmin sahaja memandang pemandangan-pemandangan itu dengan perasaan yang sentiasa membaharu dan sentiasa mengingati kudrat kuasa Allah pada kejadian-kejadian itu.


Hanya hati inilah sahaja yang melihat pemandangan itu pada setiap kali dengan keindahan penciptaan yang baru.


Kapal-kapal yang berlari di dalam laut membawa muatan-muatan yang berguna kepada manusia.


Saya mengaku bahawa dalam tarikan pandangan al-Quran itu, saya tidak merasa sedalam perasaan yang saya rasa ketika mengenangkan pemandangan kapal yang kelihatan seperti satu titik yang kecil mengharungi lautan yang besar membawa kita dan berlari dengan lajunya, di mana gelombang-gelombang bergulung-gulung bertempur dan kehijauan laut membentang sayup saujana di sekeliling kita.


Kapal-kapal kelihatan terapung-apung dan bertaburan di sana sini. Tiada suatu yang berkuasa di sana selain kudrat Allah dan pemeliharaan-Nya dan selain undang-undang alam yang dijadikan Allah, dan undang-undang inilah yang membawa kapal-kapal yang kelihatan seperti titik-titik yang kecil itu mengharung gelombang-gelombang yang menakutkan.


Kemudian air hujan yang diturunkan Allah dari langit dan menyebabkan bumi yang tandus mati itu hidup dan subur kembali, kemudian binatang-binatang yang ditaburkan Allah di merata pelosok bumi, peredaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi.


Semua pemandangan ini jika diperhatikan kembali oleh manusia seperti disarankan oleh al-Quran dengan mata yang terbuka dan hati yang insaf dan sedar, tentu dia akan menggigil kerana menginsafi keagungan kudrat Ilahi dan rahmat-Nya (yang melimpah ruah).


Kemudian hayat yang tercetus dari bumi selepas disirami air, iaitu hayat yang tidak diketahui hakikatnya dan mempunyai jauhar yang amat seni, yang mula-mulanya berdenyut halus dan tidak jelas kemudian kian kasar dan jelas dan akhirnya bergerak gagah dan kuat. Hayat ini dari manakah datangnya?


Sebelum ini ia tersembunyi di dalam biji-biji benih, tetapi dari manakah ia datang ke dalam biji-biji benih itu? Dari manakah asalnya? Dan di manakah sumbernya yang pertama? Tidak guna melarikan diri dari menghadapi pertanyaan yang mengesakan fitrah ini.


Golongan mulhid/ ateis (yang menolak kewujudan Tuhan) cuba mengelakkan pertanyaan ini, iaitu satu pertanyaan yang tidak boleh dijawab melainkan dengan pengakuan adanya Tuhan Pencipta yang berkuasa memberi hayat kepada yang mati.



Berlepas tangan


Mereka sekian lama cuba memberi tanggapan yang karut kepada orang ramai bahawa mereka sedang dalam perjalanan untuk menciptakan hayat tanpa memerlukan kepada Tuhan.


Kemudian akhirnya golongan Mulhidin yang berada di negeri (Rusia) yang kafir dan tidak mengakui kewujudan Tuhan itu berlepas tangan dan mengaku bahawa hayat itu mustahil diciptakan manusia.


Inilah pendapat yang dikatakan sekarang oleh ahli sains Rusia yang paling pintar di dalam persoalan hayat, dan sebelum ini Darwin pengasas teori evolusi melarikan dirinya dari menghadapi kenyataan ini.


Kemudian angin-angin yang bertiup dari satu arah ke satu arah dan awan yang dibawa angin dan dikendalikan di antara langit dan bumi dan tunduk kepada undang-undang alam yang dijadikan Khaliq di alam buana ini.


Ia tidak cukup ditafsirkan dengan mana-mana teori yang memperkatakan tentang faktor-faktor yang membuat angin itu bertiup dan memperkatakan tentang cara-cara pembentukan awan. Rahsia yang paling mendalam ialah rahsia faktor-faktor itu sendiri.


Itulah rahsia penciptaan alam dengan tabiat ada ini, dengan nisbah-nisbah yang ada ini dan dengan kedudukan-kedudukan yang ada ini, yang membolehkan lahirnya hayat dan suburnya (di bumi ini) dan membolehkan wujudnya faktor-faktor yang sesuai untuk hayat seperti adanya angin, awan, hujan dan tanah-tanah.


Itulah rahsia persesuaian-persesuaian yang dikira sebahagian yang diketahui darinya dengan angka yang beribu-ribu banyaknya, andainya mana-mana satu dari persesuaian-persesuaian itu mungkir dan kacau, maka hayat tidak akan muncul atau hayat tidak akan berjalan seperti perjalanannya yang berlaku sekarang.


Itulah rahsia pentadbiran Ilahi yang halus yang membayangkan iradat dan pilihan-Nya yang bebas di samping membayangkan kesatuan dan persamaan perancangan dan rahmat pentadbiran-Nya.


 


     muke tuh cover dah macam orang kebuluran dah  tuh



__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard