Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
tu la piah, aku dah cakap balik umah sblm senja... ni ko x abis2 nak semai bijik pokok semalu tu... semalu pn tau balik umah tau..... hehe ape yg aku merapik pn xtau... dah dah piah, balik cepat masak nasik...abg dah lapa nie...
masa aku kecik2 dulu aku suka main ngan semalu ni...org tua2 dulu cakap saper boleh cabut semalu ni tanpa ia kuncup...dia boleh kawin ngan anak raja...
masa aku kecik2 dulu aku suka main ngan semalu ni...org tua2 dulu cakap saper boleh cabut semalu ni tanpa ia kuncup...dia boleh kawin ngan anak raja...
ha`ae lucky!!! tapi kan!! aweks dah berjaya wat semalu tu tak kuncup!! tak kawen pun ngan anak raja!!..huhu!...citer org tua2 tak leh pakai gak!!
cam ne?? tarik pelan2....huhu...aweks rasa kan.. dah beribu2 aweks try buat tau!!..tapi hari tu!! cam ne ntah aweks tarik pelan2 gegila leh lak..tapi dia gerak kucnup skiiiitttt je!! tak banyak!!!..... tapi cam tak kuncup!!! eheheh!......berjaya gak aweks!!!