Disuatu sudut dalam restoran ‘Fast-food’, kelihatan sekumpulan remaja, lelaki dan perempuan sedang bersiap-siap untuk mengadakan ‘instant party’. Nampak seperti mereka berpakat untuk adakan kejutan buat salah seorang kenalan mereka yang masih belum sampai. Pergaulan ala-barat mereka diperhatikan dengan teliti sebuah keluarga yang sedang menikmati juadah dimeja. Dalam keriuhan berjenaka, tepuk tampar tak lekang. Penampilan mereka memang ‘sebijik’ macam anak mat saleh – Chikanos (?), punk (?), hip-hop (?), entah lah, susah nak agak.
Sang pria, ada yang bertatu dipangkal lengan, belakang leher, berseluar ‘steng’, ada yang bersinglet, ada yang bertindik dibawah bibir, pasang ‘washer’, ball bearing atas lidah… serba serbi barat ! Mungkin diorang mengidola gaya MTV.
Sang dara pula, blond, ada yang semua perang, ada yang terpalit-palit. Di cuping telinga setidak-tidaknya 4 pasang subang. Baju seluar dah kecut agaknya, macam-macam bentuk boleh nampak.. Pe’el diorang !? Hemm.. macam funfair la lebih kurang.. Terkinja-kinja macam beruk sarkas !
Tetiba, celebrity girl sampai. “Surprise…sayang ! Olo olo.. cayang.. meh sini mama give a big hug..” Jerit salah sorang dara.
“What a surprise !! Ooohh.. I love you all !” Nampak macam nak menangis keterharuan. Gadis molek bertudung mula join the crowd. 2 x 5 dengan geng-geng lain. Kemeriahan kembali gamat. Keseronokan dan keriangan menghanyutkan mereka dari peka kepada persekitaran, samada mengganggu privasi orang lain atau tidak, itu dah tak masuk akal. Agaknya yang penting bagi diorang waktu tu ENJOY LIKE HELL !
Tiba-tiba sang isteri naik bad mood minta izin dari suaminya, “Abang, saya minta izin nak ‘berkenalan’ dengan anak-anak antu tu kejap boleh ?..”
“Emm.. ok. I’ll be right here waiting for you” sambil melontar senyuman pendorong.
“Ok.” Selamba sang isteri mengelap mulut seraya menuju ke ‘party muda mudi’ tu.
“ASSALAMUALAIKUM” keras suara sang isteri memberi salam, macam nak cari pasal je bunyinya..
“Wa’alaikumsalam…” jawab salah sorang dari crowded tu. “Duduk la kak.. join kitorang. Sambut hari jadi dia ni ha..”
“Tak pe, terima kasih. Sebenarnya akak nak tanya korang semua nih.” Dialog permulaan.
“Ada ape kak ?” tanya sang penjawab salam tadi.
“Tadi akak bagi salam, sorang saja yang jawab. Yang lain mungkin jawab atau tidak. Akak nampak engkorang semua ni macam orang Islam. Ada ke diantara engkorang yang bukan Islam ?” bentak sang isteri yang sedang ‘pasang kuda-kuda’ untuk ‘menyerang’.
Semua terdiam beberapa saat. Mungkin diorang tengah ‘analyze’ motif teguran akak tu. Jawab sorang pria yang bertatu di belakang leher,
“Bukan akak tak nak join, akak tengah makan ngan famili. Akak cuma nak tahu jer, ada ke dikalangan korang ni bahan api neraka ?? Itu jer.”
“Arkk.. pe hal lak ni ? Takkan buat party pun tak leh ? Tak de hadis pun kata tak leh..” jawab sorang dara lagi.
“Betul le adik cakap, memang tak de hadis yang kata tak boleh buat party sambut hari jadi. Tapi tak pulak akak tahu Islam suruh umatnya buat party macam orang kafir !!”
Diorang senyap lagi. Sang suami kembang kuncup hidungnya perhatikan gelagat isterinya. Mungkin turut rasa bersalah membiarkan isterinya sahaja yang berhadapan dengan penganut iblisiyyah !
“Engkorang tahu tak. Akak orang Islam. Islam itu agama akak. Islam itu suci. Islam itu mulia. Islam suruh orang yang menganutnya menjadi mulia dan suci. Ajaran Islam itu hak orang Islam. Kalau ada orang cemar maruah Islam, orang tu dah melanggar hak orang lain. Kalau engkorang bukan Islam, akak minta maaf. Tapi sebab tadi dah ada yang jawab salam akak, maka akak ada hak untuk mempertahankan maruah Islam dan hak akak.” Leter sang isteri spontan. “Orang Islam tak boleh berakhlak macam orang kafir. Orang Islam ada akhlak tersendiri, unik. Tak perlu import style hidup kaum lain. Dan apa yang engkorang buat, betul-betul trigger kewibawaan akak untuk mempertahankan hak..”
“Alaahh.. boring aah akak ni. Sket-sket nak bebel, cam bagus jer..” rengek salah sorang dari pria yang agaknya dah termalu.. suasana nampak suram. Mungkin diorang tercari-cari ‘modal’ untuk alih isu. Keceriaan pun semakin pudar. Muka diorang makin kusam.. Ada jugak yang berjeling-jeling sesama. Ada yang macam ‘tak lepas telan’. Macam-macam karenah.
Sang isteri bentak lagi, “Engkorang patut malu pada diri sendiri. Allah cipta makhluk. Allah beri peraturan. Allah siapkan tempat pembalasan. Siapa ikut peraturan-Nya, beruntung. Siapa yang engkar, rugi. Susah sangat ke ? Akak harap engkorang ubah diri sendiri. Tak de sapa yang dapat ubah nasib engkorang melainkan engkorang sendiri. ASSALAMUALAIKUM..” berlalu dengan wajah selamba.
Ketika duduk dimeja santapan, sang suami diam tak terkata apa. Mungkin difikirannya, sang isteri masih tak puas hati.. Dihulurkannya fries yang dah menyejuk sambil tersipu. “Alhamdulillah, alhamdulillah..”
Wassalam
p/s:adalah sungguh x kiut berpelakuan sedemikian..bagi yg terasa,maaf.tapi itu style kowangs..aku x leh komen.kalo nak mintak komen..tepon sama akak itu yah!!hepi owez!!tapi jagalah sket yerk..
ade slek sikit ar kat akak tu.. sib baik bebudak tu diam.. kalau la bebudak tu menjawab camni.. "Ala akak ni, kalau dah alim sangat tu kenapa makan kat 'Fast Food' ni..".. Sepatutnye akak tu tak makan fries tu.. Dia patutnye minum sky juice.. Sebab free dan x support 'Fast Food' tu..