Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.. Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.. Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu,Kita mungkin akan memfitnahnya.. Andai kita inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.. Andai kita ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.. Jangan diharapkan sempurna,Kerana kita juga tidak sempurna.. Apabila bersahabat pastikan selamanya.. Andai disisimu sudah punya yang istimewa, shbt tetap shbt,jgn dpinggirkannya..
a'ah la..aku pernah dapat email,sebijik mcm yg kat atas nih...n then ada kat forum lain jugak..dah lama dah quote ni sebenarnya,aku pernah baca since aku tingkatan 5..ooo..ko kata ko wat sendiri ek..??