Fatwa anggap ayat suci, azan bukan untuk tujuan hiburan
LUCKNOW: Seorang ulama di sebuah kolej agama di India meminta orang ramai tidak menggunakan ayat al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit mereka dan berkata amalan itu tidak sesuai dengan Islam.
Ulama di kolej Dar-ul Uloom di utara bandar Deoband mengeluarkan fatwa mengharamkan petikan ayat al-Quran atau laungan azan dijadikan nada dering dan berkata, perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.
“Ayat al-Quran bukan untuk tujuan hiburan. Sesiapa yang terus melakukannya patut disingkirkan daripada masyarakat,” kata pegawai kolej Mohammed Asumin Qazmi, yang dihubungi melalui telefon dari Saharanpur, sebuah bandar 450 kilometer ke timur laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.
Ulama terkenal di Lucknow, Mufti Badru- Hasan, berkata beliau menyokong larangan penggunaan nada dering seperti itu.
“Seseorang perlu mendengar ayat al- Quran dengan lengkap dan menghayati apa yang dibaca. Jika ia digunakan sebagai nada dering, pemilik biasanya akan menekan butang untuk menyahut panggilan menyebabkan ayat al-Quran itu terputus separuh jalan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
Nada dering dengan petikan ayat al- Quran atau laungan azan amat diminati pemilik telefon bimbit beragama Islam di Uttar Pradesh, negeri terbesar di India.
Kebanyakan penggunanya berusia antara 40an dan 50an, kata Mukesh Sinha, seorang eksekutif syarikat telefon bimbit.
Kebanyakan pemilik menganggap nada dering berunsur agama sebagai satu cara mengingatkan mereka kepada agama.
Seorang pengurus bank, Faiz Siddaqui menggunakan ayat al-Quran sebagai nada dering.
“Setiap kali ia berdering saya akan mendengar ayat yang menyuruh saya bekerja kuat dan jujur. Saya rasa dekat dengan agama,” katanya.
Ogos lalu, Ulama Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci al- Quran dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia dianggap menjejaskan kesucian Islam.
Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata, perbuatan itu bersifat makruh apalagi jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada premis hiburan seperti disko.
"Ayat suci al-Quran amat tinggi nilainya dan tidak tepat direndahkan tahapnya sebagai nada dering telefon bimbit. Paling rendah hukumnya adalah makruh," katanya kepada akhbar Arab Al- Sharqul Awsat. – AP
makeURL("http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sund","eHNsL2J1bGxldGluLnhzbA=="); http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sund ay/Dunia/20061119074800/Article/Dunia_ht ml
yg paling aku x setuju tu ade 1 lagu dari radja tu..lagu raye..ade takbir raye pastu ade muzik yg mengiringi takbir raye tu..alat muzik yg digunakan mmg salah 1 jenis alat muzik yg diharam kan dlm islam..
bkn seram..tp..xtau la camne nk mendescribekan (huihh ayat..!!ehehe).. ade unsur penghinaan la senang cte.. kite kalau dgr takbir raye kan mcm sayu..tenang je jiwa dgr kan.. tp lagu tu..mcm ade unsur penghinaan la cara dia bwk takbir raye tu..