Seorang pelajar Kolej sedang mengambil Exam yang mengandungi 2 soalan esei, tetapi dia cuma tahu jawapan soalan kedua.(hehee, ni mesti spot soalan nie..)
Maka, dia menjawap dengan baik and tepat soalan ke-2.. Dia kemudian, menulis introduction soalan pertama,di sehelai kertas lain, lalu dia mengikat 1 helai kertas Jawapan Pertama(yang dia tulis intro tadi), 1 helai kertas kosong dan 2 helai jawapan utk Soalan ke-2 yang dia jawab tepat tadi bersama-sama...
pastu, dia koyakkan helaian kedua(yang kosong tu) dan hantar jawapan tersebut kepada pensyarahnya.
Minggu depannya, bukan sahaja pensyarahnya bagi dia 'A', bahkan, pensyarah dia memohon maaf kerana kertas jawapan soalan no 1 nya yang terkoyak...