Tersebutlah satu kisah di zaman silam, sezaman dengan Zaman Kesultanan Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh drpd negeri Melaka & mungkin akan ditawan oleh Melaka. Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah.Sultan Azlan amat risau, akan keselamatan negeri beliau akan serangan negeri Melaka terhadap negeri Kemdoyong. Baginda risau, risau serisau-risaunya. Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat, malah tombak & keris pun diimport daripada Melaka. Malah Laman web parlimen baginda pun sering diceroboh. Akan tetapi, Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan,Muka bujur sirih, bibir bak seludang,memang terpikat semua lelaki memandang,termasuklah lelaki yang dah ada 8 orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda iaitu Puteri Azalina. Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan megadakan pertandingan untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan.Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri azalina. Berita tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka, Siam dan Sulawesi. Maka pertandingan itu pun bermula,ramai rakyat tempatan yang bertanding,tidak kurang pula dengan peserta drpd negera luar. Ada juga peserta daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu turut bertanding. Ketika mereka siap sedia, tiba2 seorang tua datang membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir gilir. Dan tiba-tiba kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan, walaupun dihadiahkan Puteri Azalina yang cantik rupawan itu.Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh Temenggung untuk menyiasat akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri. Temenggung pun menyiasat, & ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan Temenggung: Ampun Tuanku beribu ribu ampun,
Sultan : Ya, temenggung, apa kah khabar berita itu.
Temenggung: Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama tuanku, mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku
Sultan : apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.
Temenggung: Orang tua itu telah mengkhabarkan mereka bahawa puteri tuanku adalah...
jeng jeng jeng jeng jeng like a crazy frog ..ehhh silap ayat daa ... secara automatik the mask melemparkan segelen air kerana aweks meroyan tahap big foot