Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
wow..marah nampaknya kaum wanita di GC dengan topik ni..eheh..bagi asya lah ye,sebagai pompuan,kita kena pandai masak.air tgn seorang isteri ni boleh menyebabkan suami dia balik umah,teringat mknn yg sedap2..ye la,sebab suami pun penat2 balik kerja,kalau kita hidang dengan makanan yg lazat,hilang juga penat dia,bertambah sayang la si dia pada si isteri..
memasak memang antara ciri2 yg selalu disebut oleh lelaki kalau memilih calon isteri..tgk mcm asya ni,pandai sangat memasak tau..cakap je nak makan apa,semua asya boleh masak..
"asya,mana makan malam ni utk abg?Belum siap lagi ke yang oi.." abg gab bersuara.
"ye bang..nak masak lah ni..abg tgk tv dulu ye.."
lalu asya pun membuka buku resepi tentang cara2 menanak nasi..langkah pertama,mula2 basuh beras sampai bersih..(oo..kena basuh gak rupanya,baru la aku tau..)
Nur_Aisyah wrote: wow..marah nampaknya kaum wanita di GC dengan topik ni..eheh..bagi asya lah ye,sebagai pompuan,kita kena pandai masak.air tgn seorang isteri ni boleh menyebabkan suami dia balik umah,teringat mknn yg sedap2..ye la,sebab suami pun penat2 balik kerja,kalau kita hidang dengan makanan yg lazat,hilang juga penat dia,bertambah sayang la si dia pada si isteri..
memasak memang antara ciri2 yg selalu disebut oleh lelaki kalau memilih calon isteri..tgk mcm asya ni,pandai sangat memasak tau..cakap je nak makan apa,semua asya boleh masak..
"asya,mana makan malam ni utk abg?Belum siap lagi ke yang oi.." abg gab bersuara.
"ye bang..nak masak lah ni..abg tgk tv dulu ye.."
lalu asya pun membuka buku resepi tentang cara2 menanak nasi..langkah pertama,mula2 basuh beras sampai bersih..(oo..kena basuh gak rupanya,baru la aku tau..)
secara otomatik ye..abg Gab datang ke umah aweks..dengan muka lelunut..beliau telah mengambil nasik dekat periuk umah aweks..di serta kan ayam ..lalu dengan rakus ye beliau makan....ishk2....
aweks " abg gab?? kenape makan umah aweks?"
Gab " bini aku tak leh harap!! masak nasi pun memakan masa setengah hari tuk siap kan!! "
Aweks " oh ye ke?? kalau lapar sangat ye pun!! jangan lah makan Ayam yang belum di masak tu!!..ishk2.."
aweks ni memang sker cari gaduh dgn aku..kang aku wrestling baling2 bantal kang baru ko tau..pulangkan gab tu,malam ni giliran aku tau..malam minggu depan baru ko punya giliran plak..aku akan pastikan abg gab tewas mlm ni..
lalu malam tersebut selepas mkn nasi yg tak masak,abg gab dan asya pun main PS 2..
wo0it!! o0it!!!....2 minggu lepas giliran k0!! minggu lepas k0 jugak!! minggu ni k0 jugak c0nquer!!!..ni tak adil!!!...bawak sini balik gab!!!!
..dengan rakus aweks telak tarik tangan gab masuk ke bilik gab!! dengan semene aweks pandang gab ngan pandangan sayu..dengan memintak sesuatu!......gab faham maksud ye..lalu gab membuka...lalu menyentuh..dan.. membawa ke atas meja!! n then!! bermula lah epis0d berlawan chess!!....