Assalamualaikum... Saya rasa berkewajipan untuk menyampaikan perkara ini kepada anda semua kerana masalah Surat Berantai ni memang menghantui umat islam di akhir zaman ini... kepada adik-adik yang baru mengetahui perkara ini.... banyakkan bertanya kepada orang lain tentang perkara yang diterima mengenai agama...
INI CONTOH SURAT BERANTAI
Assalamualaikum.
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad (Saudi Arabia)
Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
a) Isteri tidak mendengar suami b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan. Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit. Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.
Pesanan Hamba ini
a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. b) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka. c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka. f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.
UNTUK MAKLUMAT
1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu. Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia. 2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri. 3. Pada tahun 1977 Tun Dato' Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.
4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak. Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.
6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya. Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan. Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain. Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA.
INI ADALAH JAWAPAN KEPADA SURAT BERANTAI INI
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun. Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979). Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan Sheik Ahmad sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda". Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulama sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".
JAWAPAN PALING BAIK DARI ULAMAK
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheikh Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau Al Quran? Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam. Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula di muka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.
Kristian ni pandai... dia tau orang islam memang susah dimurtadkan... macam2 diorang buat secara direct.... tapi tak jadi...
last2 dia buat cara halus.... buat ayat yang nampak ok tapi menyimpang akidah... terapkan budaya kafir dalam kehidupan islam... nak buat tu nak buat ni kene cakap english... pesta sana pesta sini... then terjadila lebih 30,000 melayu murtad.... tu yang murtad...
yang jatuh shahadah akibat percaya surat ni... macam mana?
tu lah the mask~!! lain kali jangan mudah tertipu~!! kalau aweks tipu the mask!! the mask!! mesti kene percaya tau!! kalau tak..eheheh...aweks sekel kepala tu!..kui kui kui
aku penah tbace surat tu..ms tu aku ngh ngemeh rumah..surat tu jatuh kat blakang lemari uma aku..blambak lak tu..bukan 20keping je ade lam,ntah brape ntah..pastu aku abikan je,sbb mmg sush nk pcayer,coz waktu aku skolah rendah dulu pong ade gak yg mcm surat tu disebarkan..emm..ntah mn ntah aku campak surat nie..
yg penting bnyakan mmbaca al-quran dan solat...kerana itu cara untuk mndekatkan diri kite dngan ALLAH S.W.T..
lagi satu jngan amalkan kate sembahyang amalkan kate solat itu kebih baik kerana semua agama ade sembahyang..tapi mereka sembah ape kite pulak solat umat islam menunaikan solat..
i pun selalu gak dapat surat berantai ni..bukan satu ,2...berpucuk2 yang dok ada..mcm2 yang dia org katakan...surat tu ada i simpan tak buat aper2 pun..habis sgt pun i bg kat org jual nasik lemak buat bungkus nasi lemak..heee.heee..buat buang duit jer p pos kat i.percaya ker kalau kita tak pos kat 10org kita kena bala..bala..kalau ALLAH nak turun kat kita..org yang buat baik pun kena...bukan tok org yg jahat je..habis suma kena..ape2 pun jgn percaya sgt,kalau rasa was2 tu p rujuk kat org yang lebih arif...agar kita tak sesat sama... daaaaaaaaaaaaaaa..........
Btl tu m.rie aku pun pernahh dapat surat ni dan aku aku pernah mencuba utk tidak membuat copy krn aku nak mencuba dengan ape yang tertulis pe yang terkandung dalam risalah tu.. bagi pengetahuan kaorang semua risalah yang di buat oleh pihak yang tak bertanggungjawap tu saja nak mengenakan,mengelirukan dan memisongkan akidah kita kerana ape yang yang tertulis dalam risalahtu adalah bohong belaka dan ianya tak akan terjadi dengan ape yang terkandung...sebagai contoh aku bagi kat kaorang semua dan ini terjadi kat kawan aku sendiri.. kawan aku dapat risalah ini dan dia mengcopy banyak risalah dan agihkan pada org ramai.. tapi sehingga sekarang ni dia hanya keje biasa je sebagai seorang storship kat pasaraya kini... dia pun dah insaf dengan ape yang dia buat dl.... aku nasihat kan kaorang semua jangan terpedaya dengan risalah atau fatwa yang blh memesongkan akidah kita sebagai org islam dan aku sokong kata master rie tu.....
jadi kesimpulannye kita x yah percaya la sumer nih..?? tipu semata-mata..?? wakenabeb.. aku ader jugak dpt mesej nih.. takut punya pasal aku pon send la mesej jugak.. tp malapetaka.. tp lps aku anta x jd pape ponn..??
mamang pun tak de ape2 yang berlaku cm ada sebahagian pihak je yang buat kita takut so sanny nasihat buat tak tau je ok.....
DIA yang memberi kita rezeki dan dia jugalah yang menghidupkan kita, jikalau DIA nak tarik kita dengan sekelip mata sahaja kita hilang dari sini... jadi sanny nasihatkan ( Jangan mudah terpedaya dengan risalah yang kamu atau sesiapa yang dapat).......
masa sek aku ada gak copy surat 2 n edar kat kengkwn..sms berantai n email berantai pun aku dpt n sebarkan gak..tp niat aku satu bila aku hantar sms n email 2, at least kwn yg baca 2 dpt pahala.. cam sms " Lailahailallah,muhammadarasulullah..kirimkan kalimat ini kepada 10 org rakan.. aku amik positif je..agr suma kwn aku mengucap bila dpt msg 2..
tp honest ttg surat brantai 2, mmg aku tkt coz dpt bala..time 2 aku sek rendah lg..Alhamdulillah,skrang aku dah tau pe yg aku wat ni salah..
alhamdulilah lailatul ko dah ingat ape yang ko buat tu salah dan kita sebagai manusia memang terlalu mudah terpedaya atau mudah percaya dengan semua ni termaksud surat berantai ini... tapi ingatlah yang kita hanya percaya agama islam dan mengaku bahawa tiada tuhan selain allahdan nabi muhammad itu pesuruh allah..... ape yang tersurat mesti ada yang tersirat dan kita tawakal je la denga ape yang berlaku atau bala yang menimpa kita sb ianya telah di tentukan oleh allah S.W.T..