Al kisah di suatu pulau kecil, tinggal lah benda abstrak. Ada Cinta, Ke kayaan, Ke cantikan, Ke gembiraan, Ke sedihan dan sebagai nya. Pada awal nya mereka hidup bersama dengan aman dan saling memerlu kan. Namun pada suatu hari, badai datang meng hempas pulau kecil itu tiba-tiba ber gelombang dan menimbul kan ombak yang sangat besar dan akan menenggelam kan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamat kan diri.
Cinta sangat bimbang kerana ia tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta. tidak lama kemudian kelihatan Ke kayaan sedang mengayuh perahu.
"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!" teriak Cinta. dengan segera Kekayaan pun menjawab, "Ohh! maaf kan aku Cinta", kata kekayaan. "Perahu ku telah penuh dengan semua harta ku. Aku tak dapat membawa mu Ber sama, nanti perahu aku tenggelam. Lagi pun tak ada ruang untuk kau di perahu ku ini."
Cinta amat sedih sekali, namun kemudian nya dia melihat Kegembiraan melintasi di depan nya dengan sebuah perahu.
" Ke gembiraan! TOLONG LAH aku!" TERIAK CINTA. Oleh kerana Ke gembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalu lah Kecantikan di depan nya.
"Kecantikan! Bawalah aku bersama mu!"teriak Cinta
"Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawa mu bersama. Nanti kau akan mengotor kan perahu ku yang indah ini." sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengar nya. Cinta mula menangis teresak-esak.
"Apa kesalahan ku, mengapa semua orang tidak memperduli kan aku?" rintihan nya sayu.
Ketika Cinta sedang menangis, lalu lah pula kesedihan dengan perahu nya.
"Ohh, kesedihan, bawalah aku bersama mu," kata cinta
"Maaf, Cinta. Aku sedang ber sedih dan aku ingin ber sendirian..." kata Kesedihan sambil terus mendayung perahu nya. Cinta sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelam kan nya. Cinta terus berharap agar diri nya akan diselamat kan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. "Oh Tuhan tolong lah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa cinta?"
Pada saat yang kriktikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggil nya, "Cinta! Mari cepat naik ke perahu ku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahu nya. Cinta pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelam kan nya.
Kemudian setiba nya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurun kan Cinta dan segera meninggal kan pulau itu. Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapa kah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamat kan nya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenar nya orang itu.
"Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata orang itu. cinta pun bertanya lagi." tapi mengapa kah dia menyelamat kan aku. Aku tak kenal dia. Sedang kan kawan-kawan yang mengenali ku langsung tidak mahu menolong ku," Tanya Cinta kehairanan.
"Sebab, hanya waktu lah yang tahu betapa berharga nya Cinta itu..." kata orang itu. setelah itu faham lah cinta akan kepentingan nya di dunia ini.
o0wh ye tak tahu!...skrg aku bg tahu... member aku ada bg cd khas tuk aku..jadi aku teng0k lah.. cerita dia sejibik cam cite yang k0 post kan nie....tapi dia Animasi ye lah..bukan karangan..ahakS.. Anyway..cite ni memang best~!! dan bererti..