Kisah ini berkaitan tentang kehidupan Nabi Allah Adam ketika Nabi masih baru lagi diturunkan dari syurga kerana telah memakan buah yang dilarang oleh Allah.Ketika itu Nabi sedang kelaparan,sedangkan Nabi tidak reti untuk memasak walaupun telah dijumpaiNya gandum-gandum.Lalu turunnya Jibril AS dari langit untuk bertemu Nabi Adam.Nabi menceritakan masalahNya,dan Jibril AS memberitahu Nabi yang gandum hendaklah dimasak menggunakan api.Tetapi ketika itu di bumi tidak wujudnya api.Oleh demikian,Jibril AS pun menuju ke neraka dan bertemu malaikat penjaga neraka untuk meminta sedikit api.Pada mulanya Jibril AS mengambil api sebesar biji sawi,lalu malaikat penjaga neraka menegahNya.Kata malaikat itu yang api sebesar itu mampu membakar seluruh pelosok bumi. Maka Jibril AS mengambil api neraka sebesar titisan air,namun api itu tetap merbahaya untuk Nabi gunakan untuk memasak.Akhirnya Jibril AS mencelup api yang diambil dari neraka itu dalam dasar lautan di bumi sebanyak tujuh kali,barulah ia diberi kepada Nabi Adam untuk memasak.
Cuba bayangkan,segala api yang umat manusia gunakan seluruh dunia sekarang hanyalah daripada sebahagian yang amat kecil dari api neraka,itupun telah dicelup sebanyak tujuh kali dalam dasar lautan.Mungkin sumber-sumber di dasar lautan seperti petroleum itu asalnya seperti dalam kisah di atas.Moga dapat dijadikan iktibar, Wallahualam.
~Wassalam
__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........