koya = perasan Contoh : koya sunggoh sulong male nih = perasan sungguh sulong malam ni
bekwoh = kenduri Contoh : nok gi bekwoh ko tu amir? = nak pergi kenduri ke tu amir?
Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain... Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja). PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka... TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...) AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK...)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA. NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antara kawan...cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti... SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat"