Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Asal Usul Solat...


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:
Asal Usul Solat...


*SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,
iaitu
tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara
pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat
sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua
rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari
kegelapan
malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang
Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah
memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang
seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah
Nabi
Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat
kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat
ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar
ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari
perut
ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang
ketika
itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu
bersembahyang
empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4
kegelapan iaitu: Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat
kedua:-
Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. Rakaat
keempat:-
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya,
sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu
bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut,
iaitu: Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah
yang
Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke
atas
ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat
ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu
Allah
jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.
Pada
ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri
Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang
akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat
pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:- Dukacita terhadap
saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat
keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.



__________________
hidup biar sedap


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

wah addhin...thx addhin..kini baru lah aweks tahu perkara nie yang sebenar ye..
kalau tak..dulu aweks tak berapa pasti...

thxx yaa Addhin..

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

good ....posting ....can posting more?



__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard