Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sirah: Nuruddin gagalkan cubaan ceroboh makam Rasulullah


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:
Sirah: Nuruddin gagalkan cubaan ceroboh makam Rasulullah


SULTAN Nuruddin Zenki yang tinggal di Mosul adalah pemerintah Islam
yang
banyak berjasa dalam Perang Salib.
Beliau memberi jalan kepada panglima Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang
Salib
hingga berjaya membebaskan Palestin daripada cengkaman tentera kafir.
Beliau adalah seorang yang beriman, warak dan adil. Beliau digelar
Malikut
Adil (raja yang adil) dan sering berdoa untuk rakyatnya supaya
sejahtera.
Mengikut sirah, Nuruddin pernah bermimpi berjumpa Rasulullah dalam
keadaan
gembira. Penasihatnya memberi tafsir ia mungkin bermakna perjuangan
kaum
muslimin dalam jihad akan berhasil.
Namun, pada satu hari Baginda tidak seperti biasa kerana kelihatan
risau dan
seperti ada yang tidak kena. Ia berpunca daripada mimpi Nuruddin
beberapa
hari sebelum itu yang agak menakutkan dan sukar ditafsir.
Dalam mimpinya, beliau bertemu Rasulullah dalam keadaan muram. Baginda
memegang tangannya sambil menunjukkan dua lelaki yang berada di
depannya dan
bersabda: “Kenalilah aku dan bebaskan aku daripada dua orang itu!”
Nuruddin terbangun namun wajah Rasulullah dan dua lelaki itu jelas
seperti
bukan mimpi.
Beliau yakin mimpi itu benar kerana Rasulullah pernah bersabda: “Siapa
yang
melihat aku dalam mimpi, sama ertinya melihat aku di waktu sedar kerana
syaitan tidak akan datang menyerupai aku.”
Dia berkata, “ini tentu ada yang tidak kena atau ada sesuatu yang
mengancam
maruah umat Islam.”
Mimpi itu datang lagi seperti dulu. Nuruddin terkejut dan bangun
berwuduk
serta mendirikan solat tahajud. Dia berzikir dan kemudian tertidur
dalam
duduk serta bermimpi lagi buat kali ketiga.
Katanya, “perkara ini serius dan tidak boleh aku diamkan saja.”
Selepas subuh, Nuruddin memanggil menteri kepercayaannya, Jamaluddin
Al-Mushly yang warak dan amanah serta menceritakan mimpinya.
Jamaluddin mendengar dengan serius. Kemudian dia berkata, “Ia memang
mimpi
yang benar kerana syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah.”
Katanya, “mengikut pendapat saya, ada rancangan jahat orang tertentu
yang
ditujukan kepada Rasulullah dan Nabi tidak menyenanginya. Tuanku diberi
tugas untuk menggagalkannya.”
Nuruddin berkata, “Pendapat kamu betul. Sekarang ke mana dan bagaimana
kita
mahu mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?”
Jamaluddin berkata, “Bagaimana jika tuanku pergi ke Madinah terlebih
dulu.
Di sana tuanku berdoa di makam Rasulullah mohon petunjuk Allah.
Mudah-mudahan tersingkap rahsia mimpi itu.”
Persediaan segera disiapkan dan Sultan Nuruddin berangkat bersama
beberapa
pegawainya ke Madinah. Namun, perasaan risau dan ngeri sentiasa
menghantuinya.
Akhirnya, rombongannya sampai ke Madinah. Selepas bersuci, Nuruddin
bersolat
di masjid Quba dan menuju ke taman Raudhah yang menjadi tempat jenazah
Rasulullah bersemadi.
Nuruddin mengangkat tangan dan memohon Allah memperlihatkan rahsia
mimpi itu
sebelum musuh melaksanakan niat jahat mereka. Dia begitu khusyuk hingga
air
matanya mengalir tanpa disedari.
Selepas berdoa, datang petunjuk daripada Allah seolah-olah beliau sudah
menemui tafsir mimpi itu.
Beliau memanggil gabenor dan memerintahkannya memanggil semua penduduk
Madinah dan sekitarnya berkumpul untuk bersalaman. Selepas berita itu
disebarkan, semua rakyat datang.
Raja Nuruddin memandang rakyatnya sebagai penghormatan dan pada masa
sama,
mencari wajah yang menjadi buruannya. Namun, wajah itu tidak kelihatan.
Beliau risau dan bertanya sekali lagi kepada pegawainya. Tiba-tiba
seorang
berkata, “Betul tuanku, saya ingat masih ada dua kenamaan di Madinah
yang
tidak hadir, mungkin mereka tidak tahu ketibaan tuanku ke sini.”
Raja Nuruddin berkata, “Di manakah mereka berada dan siapakah mereka?”
Orang itu berkata, “Mereka berdua adalah ahli tasauf dan hikmah yang
sangat
warak dan banyak ibadatnya. Sesiapa saja yang pergi kepada mereka akan
menerima fatwa dan sedekah. Mereka juga dermawan dan banyak membantu
orang
miskin dan fakir.”
Raja Nuruddin tertarik dan ingin bertemu keduanya. Tidak lama kemudian,
mereka datang dengan kepala tunduk dan tawaduk sementara mulut pula
tidak
henti berzikir kepada Allah.
Apabila kedua-duanya di depan Raja Nuruddin, beliau terperanjat kerana
itulah wajah yang muncul dalam mimpinya. Dia memandang mereka dan
hairan
kerana tidak menemui sebarang kecurigaan.
Mereka begitu khusyuk dan tawaduk, serbannya diikat mengikut sunnah
Rasulullah dan adab mereka seperti orang alim serta tutur kata pula
penuh
hikmah berasaskan al-Quran dan hadis.
Namun, mengapa Rasulullah minta dibebaskan dan apa dosa dilakukan
mereka?
Raja Nuruddin hairan dan tidak tahu apa harus dibuat.
Di kediamannya, Raja Nuruddin bersolat dan berdoa meminta petunjuk
lebih
jelas daripada Allah. Lalu datang menterinya, Jamaluddin dan berkata,
“Wahai
tuanku, sudahkah tuan berjumpa dengan dua orang itu?”
Katanya, “Ya, sudah. Mereka adalah jemputan terakhir dan beta pasti
itulah
orang yang ditunjuk Rasulullah. Namun, beta tidak menemui apa yang
mencurigakan. Akhlak, gerak geri dan tutur kata menggambarkan
keperibadian
Rasulullah.”
Jamaluddin berkata, “Tuanku, ketahuilah seseorang yang zahirnya baik
dan
mengikut cara Rasulullah, belum tentu hatinya baik. Mungkin mereka
berpura-pura supaya orang ramai tidak curiga padahal dia adalah musuh
yang
jahat.”
Raja Nuruddin berkata, “Betul katamu kerana memang ramai orang kafir
berpura-pura Islam sedangkan tujuannya menghancurkan Islam dari dalam.”
Jamaluddin berkata, “Tuanku mesti membuat siasatan ke rumah orang itu
secara
sulit.”
Mereka berbincang cara untuk mendapatkan maklumat kedua lelaki itu.
Akhirnya
mereka mendapat ilham iaitu orang ramai dijemput ke rumah terbuka Raja
Nuruddin.
Kedua orang itu diundang sebagai tetamu kehormat.
Raja Nuruddin pergi ke rumah orang itu dan memeriksa semua bahagian
rumah,
malangnya tidak berjumpa sebarang yang mencurigakan.
Almari mereka dipenuhi kitab agama, fekah dan tasauf serta keadaan
rumah
menggambarkan mereka pewaris Nabi.
Hati kecil raja bertanya, “Apa lagi yang harus aku syak? Kenapa
Rasulullah
meminta pertolongan supaya dibebaskan daripada mereka?”
Ketika melangkah keluar, datang ilham untuk melihat permaidani yang
indah di
sudut rumah. Beliau kagum dan membelek permaidani itu, namun terlihat
sekeping papan di bawahnya.
Raja Nuruddin curiga lalu mengangkat papan itu perlahan-lahan. Di
bawahnya,
ada sebuah terowong bertangga. Dia meneliti arah terowong itu dan
terkejut
kerana ia menuju ke arah kubur Rasulullah.
Raja Nuruddin segera mengeluarkan arahan menangkap kedua orang itu.
Dengan terbongkarnya rahsia itu, yakinlah Raja Nuruddin pada mimpinya.
Kedua-dua orang yang menyamar alim itu adalah musuh yang hendak mencuri
jasad Rasulullah.
Orang ramai datang menyaksikan keadaan di rumah itu. Beberapa orang
turun ke
dalam terowong yang panjang dan mendapati ia sudah terlalu hampir
dengan
jasad Rasulullah.
Orang ramai tidak sabar lalu memukul mereka dengan teruk sebelum dibawa
ke
muka pengadilan.
Di mahkamah, kedua-duanya berterus terang sudah tinggal di Madinah
lebih
setahun sebagai ejen Yahudi untuk mencuri jasad Rasulullah dari
kuburnya.
Apabila jasad Rasulullah berada di tangan mereka, dengan mudah mereka
dapat
merendahkan martabat kekasih Allah dan menghina umat Islam.
Umat Islam di Madinah berasa tertipu dan akhirnya kedua-dua mereka
dijatuhkan hukuman mati.
Raja Nuruddin bersyukur kerana tugas itu berjaya diselesaikan dengan
berkat
hidayah dan pertolongan-Nya.
Beliau memerintahkan keempat penjuru kubur dipagar dengan konkrit
hingga ke
bawah tanah untuk mengelakkannya terjadi lagi. Sebelum berlepas dari
Madinah, beliau bermimpi bertemu Rasulullah. Kali ini, baginda
merangkul
leher beliau.
Apabila tiba masa meninggalkan Madinah, beliau memberi taklimat akhir
kepada
penduduk akan kejahatan dan dendam Yahudi terhadap Islam. Beliau
kembali ke
Mosul diiringi doa dan air mata rakyat.
Hari ini, Yahudi sudah berjaya menghancurkan perpaduan Islam. Mereka
berjaya
melagakan sesama Islam. Semoga kita semua mendapat kesedaran untuk
menegakkan kembali Islam yang agung

__________________
hidup biar sedap


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

adakah ia sekadar kata2 sekadar cerita utk kite renungkan bersama xwat ape2?


memanglah sy stuju bnyk manfaat tp kita duk diam jer eh xleh wat pape bangga dgn kejayaaan islam yg lepas tp duduk diam membisu sekadar melihat orang islam di tindas di bunuh di rogol oklah just nak pandangan jer ok salam


 



__________________
shafie


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 51
Date:

sedih, terharu, insaf... sob sob sob

__________________
imagination is more important than knowledge... kuahkptuih!


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 51
Date:

sedih.. terharu.. insaf.. sob sob

__________________
imagination is more important than knowledge... kuahkptuih!
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard