ape pendapat korang tentang hukuman gantung sadam hussin eh? hmmm aku nakmtau gak bg aku kan saddam husin adalah seorang pemimpin negara islam yg paling berani abad ini kenapa mesti umat islam berdiam diri?
hmmm nak tau gak pendapat korg ni heheheheh ok assalamualaikum
tapi, die bertanggungjawab ke atas pembunuhan 100++ penganut syiah. tak ada mana2 agama yang kasik pembunuhan secara sewenang2nye.. walaumacamanapun, aku tak sokong cara org2 arab selebret kematian saddam- aku tahu, tu lah masa dorg lepaskan geram sbb saudara dorg dibunuh 30thn lepas. tapi, negara dorg belum bebas pun.. amerika n bush still ada agenda sendiri.
pendapat aku...kalau saddam husin dihukum gantung atas kesalahan membunuh lebih 100 puak syiah...bush juga patut diheret ke muka pengadilan dan dihukum sbb dia (malas aku nak guna perkataan 'beliau') pun penah membunuh jugak kan!!! baru adil...
Nak kata saddam ni mati dalam dosa besar tak boleh nak cakap jugak... sebab saddam tahu ajalnya di tali gantung dan pasti beliau sudah bertaubat nasuha bila di dalam penjara... memang dia membunuh 100++ orang.... tetapi mana kita tau taubatnya sebelum ke tali gantung diterima Tuhan...
Pernah satu kisah dahulu kala dimana ada orang membunuh 99 orang dan bertanya kepada ulamak apakah dosa beliau diampun Tuhan? Ulamak tu berkata boleh.... dan bila beliau mati dalam perjalanan untuk meminta ampun.... malaikat telah mengira langkah tapaknya ke arah keampunan dan ternyata... disebabkan langkahnya ke arah taubat melebihi dari langkah kejahatan... beliau dikira mati dalam keadaan iman....
Untung kalau kita tahu bila kita mati... saddam kalau tak menggunakan peluang ini untuk bertaubat... sememangnya beliau amat rugi.... tapi kesempatan ini amat baik..... Lagi pun dia sempat mengucap dua kalimah syahadah....
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman....
betul tu en rie....tapi mang tak patut diaorg tanyangkn hukum sadam di kaca tv dn internet.ia seolah-olah mengaibkn org.jgn la pkr org yg jahat tu terlalu jahat bg kite.
pada pendapat aku......saddam tu bagus kerana mempertahankan negara dan agama...aku nak tanya engkau org kalau org masuk nak ceroboh umah engkau apa engkau org akan buat...engkau org pertahankan tak.....kalau engkau tak pertahankan dan umah engkau telah diperintah oleh org lain apa akan jadi.....dalam islam sendiri pun suruh kita mempertahankan jika org ceroboh negara kita.....apah lagi org tu kafir.....undang2 negara mesti ada kalau tak ada pasti negara tu akan jadi huru ara betul tak.... so engkau org fikir-fikirkan betul atau tak tindakan saddam hussin tu.... dan dalam islam pun org lari dalam perang apa hukumnya.....
__________________
carilah diri sendiri,,,jika kenal diri kita sendiri pasti selamat dunia dan akhirat.....
Aku tak kata Saddam tu salah, tak der plak kata dia betul.... Yang aku paham, Saddam tu mangsa pada kerakusan diri sendiri... Yang dia berkerjasama ngan setan Amerika dulu tu wak per... Bukan untuk diri sendiri? Bukan dia tak tau sejarah kerakusan Amerika laknatullah tu... Sekarang Amerika nak tutup kepincangan dia kat Iraq, tapi tak der jalan melainkan mencipta isu WMD...tapi sama yang kene? Saddam jugak bekas sekutu perang dulu....
Pepun..iktibar untuk kita... jgn sesekali berkerjasama ngan orang2 jahat..nanti kita plak termasuk dalam perangkap dia...
LABU_LABI wrote: pada pendapat aku......saddam tu bagus kerana mempertahankan negara dan agama...aku nak tanya engkau org kalau org masuk nak ceroboh umah engkau apa engkau org akan buat...engkau org pertahankan tak.....kalau engkau tak pertahankan dan umah engkau telah diperintah oleh org lain apa akan jadi.....dalam islam sendiri pun suruh kita mempertahankan jika org ceroboh negara kita.....apah lagi org tu kafir.....undang2 negara mesti ada kalau tak ada pasti negara tu akan jadi huru ara betul tak.... so engkau org fikir-fikirkan betul atau tak tindakan saddam hussin tu.... dan dalam islam pun org lari dalam perang apa hukumnya.....
Labu... memang la dia pertahankan negara dia dari diceroboh orang...dia kan presiden.... tapi yang salah tetap salah... apa-apa pun dia pernah juga lakukan dosa besar... membunuh manusia... perbuatan tu memang benar... sebab tu sekarang orang persoalkan...
Tapi kita umat Islam seluruh dunia... bukan membalas sebab saddam mati, bukan membalas sebab iraq diceroboh... TETAPI KITA PERLU MEMBALAS MEMPERTAHANKAN ISLAM YANG SUCI NI...