Wahai sayang ku….! Kadang2… Aku seakan2 seperti sudah tahu Dan dapat merasakan Bahawa kita telah pun ditakqdirkan Untuk bertemu Untuk bersama-sama Untuk bermesra Dari hati terus ke jiwa……
Cuma aku masih kurang mengerti Mengapa pada di satu hari Secara tiba-tiba Kita pun berpisah..!
Wahai sayang ku….. Air-mata dan keluh-kesah hati ini Masih sahaja ingin mencari jawapan tentang erti sebuah taqdir Dan erti semuanya ini!
Sesungguhnya walau kukutip semua mutiara didasar lautan Sesungguhnya walau kusiram semua bunga di Taman Melawati Tak dapat kucari walau sezarah pun mutiara itu Tak dapat kuhidu walau sesegar pun wangian itu
Wahai Zanna Suri (die ni suri rumah kot) ! Janganlah engkau terus putus asa dengan cinta Kerna cinta senantiasa bertakhta dihati manusia Cinta dan kasih sayang adalah fitrah seluruh umat ini Tiada cinta jiwa gelora bak tsunami melanda Aceh
Didunia ini setiap pertemuan ada perpisahan Didunia ini setiap kejayaan ada kegagalan Didunia ini setiap kegembiraan ada kesedihan Didunia ini setiap kehidupan ada kematian
Cuma satu cinta yang ketemukan kejayaan selama-lamanya Tiada perpisahan Tiada kegagalan Tiada kesedihan Cinta itu akan terus hidup selamanya
Satu cinta yang manusia senantiasa mencari Cinta yang hakiki seiring dengan kehidupan kita Satu-satu cinta sejati manusia Itulah cinta pada Yang Maha Esa _____________________________________________________
Dialah tempat kita bermanja dan meminta Dialah memberikan kita nikmat dan rezeki Dialah tempat kita mengadu dan mengeluh Dialah yang menguji betapa kuatnya iman kita Dialah akan memberikan kita kejayaan dan kebahagia selama-lamanya
sabala....pertemuan..perpisahannkegembiraan..kesedihan...tu semua asam garam dalam idup manusia ni...kalu xde tu sume x bercorak la idup ni...kan??kan????apepn...be strong....