Aku berkesempatan menonton citer Tentang Bulan ni, arahan Ahmad Idham pada ari rabu tgh ujang lebat memandangkan ari rabu harga tiket wayang murah murah sket kat GSC. Cerita ni memang best, seronok sebab ia mengimbau zaman kanak-kanak zaman-zaman 80an dulu. Teringat zaman aku kecik2 dulu. Ye la.. zaman nakal2 lagi. Maklum la, kanak2 ribena.
Cerita ni mengisahkan 5 kawan iaitu Mawi, Abu (Bulat), Ibrahim (Ketot), Budi dan Ila yang bersahabat baik. Biasa la, kalao citer budak2 ni mesti ada salah sorang yang jadi leader. Dalam citer ni Mawi slalu jadi leader. Bulat ni plak slalu kuat makan. Kejap2 melantak je keje dia. Ketot plak suka cakap mcm bagus je, tapi bila ada masalah slalu dia pas pada Mawi untuk setelkan. Budi ni ada penyakit semput dan dia memang tak lekang dgn inhaler dia. Setiap malam pas balik mengaji diorang mesti lepak kat port diorang untuk melihat bulan. Sambil2 tu masing2 berangan la nak jumpa bulan. Si mawi bercita2 nak jadi angkasawan negara dan berangan nak pegi bulan. Si Bulat ni sambil baring2 kat port pun sempat mengunyah lagik. Tapi kesian kat Ila, selalu kena pukul dgn maka dan ayah dia sebab berkawan dgn budak lelaki dan slalu balik ngaji lambat sebab join budak 4 orang tu lepak kat port tengok bulan.
Suatu hari ada budak pompuan baru pindah kat kampong diorang. Apa lagi, budak2 lelaki ni suma dok tekel si Zurina (Ina) ni. Maklum la, awek cun. Diorang dah pinggirkan Ila. Ila rasa kecik hati sebab kawan2 dia suma dah tak nak kawan dengannya. Sampai la si Ila buat make over tukar cara dressing. Bila si Ila ni dah pakai baju ala2 pompuan, budak2 ni gelakkan dia. Sampai la Ila dihantar untuk tinggal dengan Paklongnya di KL, tak sorang pun kawan2 ni tau dan amik pedulik. Bila Mawi tau tentang pemergian, dia berasa bersalah sangat sebab tak endahkan Ila.
Pada hari pemergian Ila ke KL, Mawi terus mengejar kereta bapa Ila. Tapi Mawi tak berjaya berjumpa Ila pada saat2 terakhir. Apakah yang terjadi selepas tu? Siapa yang berjaya berkahwin dgn Ina selepas 20 tahun kemudian? Hehehe… Saje je aku tak nak bagitau, sebab nak soh korang pegi tengok.
Tapi citer ni memang klakar giler la. Aku asik tergelak sampai terkeluar air mata dari awal sampai la akhir citer. Ye la, sebab flash back zaman kanak2 dolu2. ye la, main teng-teng, mandi sungai, pegi ngaji malam2, bila malam2 tgk bulan, main lastik. View citer ni pun best, lokasi di perlis, tengah2 ladang, ada keretapi barang lalu. Syahdu bila kenangkan zaman kanak2.
Saper2 yang tak tengok lagi, aku suggest baik korang pegi tengok dan korang bleh tau ending citer ni. Mesti suma korang akan terhibur walaupun ada gak part sedih dalam citer ni.