Kisah si pencari kayu apiAlkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu.Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata. Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.Pari-pari tadi turun ke dalamsungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari. "Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas. Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak."Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi. "Bukan yang ini",jawab si pencari kayu.Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err..mungkin yang ini?,duga pari-pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini",jawab si pencari kayu jujur.Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu."Ya,inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu,maka pari-pari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu.Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali. Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan.Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa sipencari kayu.Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...". Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersam-samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga. "Yes..yes",jawab si pencari kayu.Pari-pari begitu marah",Penipu,pembohonggg....,nah terima baaa...",belum sempat pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu berkata,"Maafkan hamba!Bukan niat hambaberbuat demikian.Ini hanya salah faham". "Jikalau hamba berkata 'TIDAK',tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Wardina. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata'YA" tentu tuan hamba akan memberi keempat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin...mana larat nak maintain semua tu... Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!".....terang si pencari kayu ikhlas.