Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar….. Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu…bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi….tok kadi mula senyum… Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi….tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana …taik gajah… besar betul..nak2 bila gajah makan durian...
__________________
carilah diri sendiri,,,jika kenal diri kita sendiri pasti selamat dunia dan akhirat.....
la..topik ni patut ko post kat citer lawak tu...ni bukan citer teladan nih...naik sakit plak perut aku ni ketawa labu labi oiiii....dah takleh berhenti dah ketawa aku nih...sian mamat tu ek..jgn le jadi kat nko ye labu labi..kang tok kadi tanya bab mandi hadas kang..naye..ko dah belajar ke??ekekekek
bukan setakat kau yang gelak gila zeeta. dengan aku aku sekali di rembatnya gara-gara cerita gile dia nih.. ciannye mamat tuh. sampai nangis aku kat depan monitor ni ketawa..
Aku harap kamu berdua nie jangan cari pasangan macam mamat nie nanti susah tau.. malu ...tapi apa pun aku syorkan engkau orang sebelum kawin engkau masuk rancangan pilih menantu di TV 9. baru ok.....
__________________
carilah diri sendiri,,,jika kenal diri kita sendiri pasti selamat dunia dan akhirat.....
bukan apa LABU LABI lin rasa.. bukan pengantin tu tak tahu, tapi kan dia panik, kalau dah panik.. macam2 boleh jadi.. tapi, syian sesangat kat pengantin tu.. tak apa buat pengajaran, jangan bila LABU LABI nikah nanti, tak lah mengalami nasib yang maha dasyat seperti itu.

Betul tu lin....bukan pengantin yang tak thu tapi dia panik... abg aku pernah alami macam nie..bila tok iman tanya rukun iman ada berapa dia jawap 5...mingkin dia fikir benda-benda lain semasa tok iman tanya maklumlah takut tak dapat jawab nikah....
__________________
carilah diri sendiri,,,jika kenal diri kita sendiri pasti selamat dunia dan akhirat.....
la..topik ni patut ko post kat citer lawak tu...ni bukan citer teladan nih...naik sakit plak perut aku ni ketawa labu labi oiiii....dah takleh berhenti dah ketawa aku nih...sian mamat tu ek..jgn le jadi kat nko ye labu labi..kang tok kadi tanya bab mandi hadas kang..naye..ko dah belajar ke??ekekekek
Puan Zeeta,sebenarnya cerita ni ada gak teladannya..pengajaran yg dapat kita amik ilah,mesti tau apakah itu najis besar,baru bleh kawen..ekekekek..
a'ah. kadang tu ada yang excited sangat nak nikah. konon, suma benda dia dah hafal, tup-tup kena tanya soalan kacang macam tu, tak dapat jawap.. hm, buat tebal muka jek..
em, Labu Labi ni dah nikah ke blum? he.. he.. saja je.. jual taik minyak, ops.. bukan taik gajah tau!