Kalaulah dapat ku gambarkan perasaanku terhadapmu, hanya ini yang terluah.. Bahawa duniaku ini akan dipenuhi pelangi dan kini, dirimu pasti akan berada di sisi.. Tapi.. lidah ini seakan kaku.. segala kata-kata cinta tidak terungkap.. Dan, dirimu terus berlalu.. untuk meluahkannya sudah terlewat bagimu.
Kalaulah dapat diluahkan rasa cinta ini.. kalaulah dapat disuarakan apa yang bermain di minda ini.. Kalaulah segala yang bergelodak di jiwa ini dapat diucapkan pada insan yang dikasihi.. Mungkin keadaan akan berubah.. dan mungkin cintanya tidak akan berubah arah.. Tapi.. lidahku kelu untuk meneruskan kata-kata.. berat sungguh untuk menzahirkan rasa cinta.
Dan.. kini, segalanya telah terlewat.. meluahkan cinta padanya.. aku lambat.. Bersendirian dalam kesunyian adalah duniaku kini.. balasan atas kesilapanku sendiri.. Pada Tuhan aku meminta.. agar diri ku berani bersuara jika diberi peluang ke dua.. Kan ku lontarkan segala yang terbuku di hati.. supaya cinta tidakkan terbang pergi.
“Aku Cinta Padamu” sememangnya ayat yang ringkas untuk diungkapkan.. Dan di waktu itu.. yang ringkas inilah tidak terucap oleh ku.. Aku tahu.. adalah amat malang untuk berani menyintai seseorang dengan sepenuh jiwa.. Tapi takut untuk meluahkan segala apa yang dirasa..
Kini.. dirimu telah pun bertemu.. seorang yang kacak dan seakan padan denganmu.. Hanya aku yang masih tegak berdiri.. terpana.. melihat dirimu berdua bermesra di sana.. Dan aku.. hanya merintih di dunia sepi.. mengharap kasihmu yang mungkin tidakkan terjadi.. Kalaulah aku dapat memutar masa kembali.. dan meluahkan segala rasa hati.. Pasti dirimu akan tahu bahawa insan yang selayaknya menyintaimu.. adalah aku.
Kalaulah aku dikurniakan masa itu kembali.. di saat sebelum dirimu melangkah pergi.. Aku bersumpah untuk tidakkan mempersia-siakan segala peluang yang ada.. Akan ku luahkan “Aku Cinta Padamu”.. ungkapan cinta yang sebenar-benarnya cinta..
Tapi..
Aku tahu.. bahawa aku akan menangis kesal selama-lamanya.. hanya kerana.. Kata-kata yang tidak mampu ku ucapkan....
aku jumpa mende nih kat webkl.net...cam best ajee..tp gwunk teramat la.. xde kena mengena dengan aku ye..dengan org lain mungkin la..
ade gk kne mengena ngn aku sket... tp.. aku x rs aku ade keberanian nk luah 3 pekataan mudah tu... akn kupendam selamenye.. if org yg aku mnat tu x bg hint gk..hoho