Zara ada sorang kawan, Inn....kami kenal sama-sama kat U nie....so, tak sampai pun lagi setahun kami berkawan....dia ada problem yang boleh dikira berat juga la...dia nie ada penyakit was-was yang boleh dikatakan teruk juga la...
Mak dengan kakak Zara ada beritahu yang penyakit nie salah satu daripada penyakit jiwa dan ianya datang daripada hasutan iblis...Zara pun ada terbaca soal jawab mengenai penyakit was-was dalam paper..
Inn tu asal Perak...kat sana kan ramai chinese....so, dia selalu samak pakaian yang baru dibeli dari kedai cina kerana di sangka tangan peniaga tersebut pernah makan babi dan ianya perlu di samak...sampai mcm tu sekali...banyak lagi yang Inn tu cerita kat Zara tentang tu...Kalau nak tau, Inn tu dah pakar dalam hal samak-menyamak nie...
kadang kala, zara rasa kelakar dengan dia...dia pernah solat zohor sebanyak 20 rakaat coz bimbang dia tak cukup rakaat....zara ada perhatikan dia solat dan kira rakaat dia tu...tapi dia tak yakin dengan zara...
zara harap ada sesiapa yang dapat bagi nasihat macamana nak tolong Inn...memang dah teruk sangat...semua benda bagi dia tak suci...makanan yang tak ada tanda halal dia takkan beli dan jika termakan dia akan muntahkan balik dan samak suma pinggan mangkuk yang digunakan...