Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: [CARA-CARA NAK KENAL PENIPU]


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
[CARA-CARA NAK KENAL PENIPU]


Antara perkara2 yang penipu buat ketika menipu:


Menyentuh hidung - Apabila seseorang
itu
berbohong, tisu-tisu erektil pada
hidungnya akan dipenuhi darah, menyebabkan
ianya membesar. Fenomena ini
juga dikenali sebagai "Kesan Pinocchio". Teori ini
terbukti dalam kes
Presiden Clinton. Dalam segmen video 23 minit
berkaitan skandal seks
dengan Monica Lewinsky, Clinton telah menyentuh
hidungnya lebih kurang
sekali dalam setiap empat minit. Ini jauh berbeza
jika dibandingkan dengan
keadaan beliau ketika bercakap benar, beliau
langsung tidak menyentuh
hidungnya sama sekali.

Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar
dan licin tiba-tiba gagap
merupakan tanda-tanda sedang mengalami
tekanan emosi. Sekiranya tiada
apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan
perkara lain seperti sedih,
pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar
orang tersebut berbohong.

Menutup mulut - Ada sesetengah orang
meletakkan tangan di atas mulut
mereka apabila berbohong. Ini merupakan suatu
tindak balas automatik yang
lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah
dididik untuk tidak
berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata
dusta, tangan cuba
menghalangnya.

Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang
berbohong perlu berfikir sebentar
untuk mereka-cipta pembohongannya. Berfikir
terlalu lama, berdehem, batuk
dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa
orang tersebut mungkin
berdusta.

Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan
cuba menyakinkan pendengarnya
dengan memandang tepat pada mata mangsa.
Oleh itu, sekiranya kelipan mata
berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda
berbohong. Sebaliknya
sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip
dengan banyaknya, ini
merupakan tanda-tand tekanan perasaan yang
berkemungkinan disebabkan
berbohong.

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan
mengubah-ubah posturnya.
Apabila seorang yang dalam keadaan tenang tiba-
tiba sahaja menjadi resah
dan 'tidak senang duduk' apabila berhadapan
dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu
sedang berbohong.

Kesimpulanya, sekiranya kita ingin mengesan
sama ada seseorang itu
berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air
muka dan gerak badannya
dengan teliti. Sebarang perubahan dari keadaan
normal mungkin merupakan
tanda orang tersebut berbohong.

Cara Untuk Memerangkap Orang Yang Berbohong

Salah satu caranya ialah dengan meminta
butiran 'cerita' dengan lebih
lanjut. Pada lazimnya 'cerita' yang sedia direka
dalam kepala si pembohong
hanya setakat tertentu sahaja. Apabila ditanya
mengenai butir-butir
terperinci, mereka kerap terperangkap kerana
belum bersedia. Inilah taktik
yang biasa digunakan oleh para peguam dalam
menyoalbalas saksi-saksi di
mahkamah.crycry


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

THANKS amirshah sedikit ilmu yang diberikan amat berguna
lagi satu cara yang paling berkesan untuk seseorang itu bercakap benar..
pukul jer dia sampai dia tak tahan lama2 dia gi tau gak hehehehehehe tak pun ikat kat pokok mangga letak kerengga dalam sluar gerenti tak bohong punyer.

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:

mak ehh!! ganas nya ko..smile

__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard