Soalan: Apakah hukum Islam mengenai merokok? Kalaulah hukumnya haram maka apakah status penghisap rokok yang amat ketagih sehingga terlalu sukar untuk meninggalkan tabiat ini? Apa pula hukumnya kepada sebuah negara yang mengamalkan polisi mengimport, menjual, dan membiarkan rakyat yang merokok? Mengubal dan menitik beratkan undang-undang mengenai arak, tidakkah ia boleh diadakan undang-undang yang sama mengenai merokok ?
Jawapan: Sejak lebih 25 tahun yang lalu, Majlis Kajian dan Fatwa Islam telah mengeluarkan fatwa merokok, menanam tembakau, dan menjual rokok adalah haram dalam Islam. Pejabat Wilayah untuk kawasan timur Mediterranian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang juga disertai oleh 21 Negara Islam menerbitkan buku berjudul ' Hukum Islam Mengenai Rokok'. Di mana 15 orang ulama' besar mengeluarkan fatwa berasingan mengenainya. Kesemua mereka melainkan dua orang mutlak mengfatwakan bahawa merokok itu hukumnya Haram. Manakala dua orang ulama' sahaja mengambil hukumnya di antara Makhruh dengan Haram. Hari ini, kebanyakkan golongan ulama' telah pun berpegang teguh kepada hukum Haram, malah jumlahnya kian menigkat hari demi hari. Tidak ada dikalangan para ulama' yang telah pun berpegang kepada hukum tersebut meminda pegangan mereka, tetapi bagi sebahagian ulama' yang berpegangan sederhana telah meminda hukum tersebut kepada hukum Haram setelah mengetahui kemudaratannya bukan sahaja kepada kesihatan perokok itu sendiri tetapi juga kepada mereka yang berada di sekitar perokok tersebut.
Sudah terbukti bahawa merokok boleh membawa sekitar 25 jenis penyakit membunuh, termasuklah nisbah besarnya kanser dan sakit jantung. Salah seorang daripada dua orang perokok menemui ajal akibat penyakit yang disebabkan hasil merokok. Dengan risiko yang sangat tinggi para ulama' hanya mampu berfatwakan Haram sebagai hukumnya sahaja. Amatlah terlarang sama sekali sekiranya seorang Islam itu baru mahu memulakan merokok atau cuba-cuba berjinak dengan tabiat merokok. Tidak ada sebab musabab apa perlunya mereka mahu menceburi perbuatan merokok. Tetapi persoalan rumit timbul kepada seorang perokok Islam yang telah lama merokok serta ketagih, dan terlalu susah untuknya meninggalkan tabiat lama ini, manakala dalam masa yang sama baru mengetahui akan haram pula hukumnya, apa perlu dia lakukan? Meninggalkan tabiat merokok amatlah susah sekali, kerana rokok mengandungi nakotin. Setiap perokok yang telah berterusan selama satu tahun xxxxx sudah mengalami ketagihan itu sendiri.
Mengikut para ulama' masalah ketagih itu tidak langsung menjadi penyebab untuk meminda hukum haram kepada makhruh. Perokok begini hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t dan meminta taufik dan hidayahnya untuk segera berhenti mengulangi perkara haram begini di dalam amalan hariannya. Bersungguh-sungguh berniat untuk berhenti merokok dan perokok begini jangan sekali-kali berpuas hati dengan sekadar berkata " Saya telah cuba tetapi saya gagal". Walaupun perokok itu telah mencubanya sepuluh kali lebih. Ini juga tidak harus dijadikan 'pasport' untuk beliau terus merokok dan meneruskan perbuatan haram ini. Kebanyakan Negara ada menyediakan pertolongan kepada perokok-perokok begini untuk meninggalkan tabiat merokok. Perokok mesti terus bersusah payah untuk mendapatkan bantuan bagi memberhentikan tabiat merokok seandainya beliau tidak mampu melakukan bersendirian. Memohon bantuan dimana yang dapat diperolehi.
Cara lain juga dicadangkan agar perokok itu sendiri mengurangkan jumlah hisapannya setiap hari. Sekiranya kebiasaannya dia merokok 20 batang sehari, maka hendakalah dia kurangkan kepada 15 batang sehari. Seterusnya kurangkan jumlahnya secara istiqamah. Seorang perokok yang ketagih akan mengalami kesukaran namun peluang begini boleh diteruskan selama satu tahun. Asalkan ada perubahan dari segi jumlah hisapannya berkurangan. Cara begini juga boleh mengajar perokok untuk mendisiplinkan diri. Ia amat membantu perokok itu untuk terus berhenti merokok akhirnya.
Cara lain juga, sebagai seorang perokok muslim, perokok itu hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t dan memohon dengan Nya agar diberi kejayaan di dalam usaha murni perokok itu untuk berhenti merokok. Perokok hendaklah mengulangi hasrat ini kepada Allah s.w.t untuk meninggalkan pekerjaan haram ini yang bertentangan dengan agama Islam, melepaskan diri sendiri dari menanggung dosa yang boleh dielakkan.
Tambahan pula, perokok Islam mempunyai peluang setiap tahun untuk mengurangkan / meniggalkan tabiat ketagih ini pada bulan Ramadhan. Mengambil kesempatan bekerja di siang hari dan tidur / rehat di malamnya.
Sesebuah kerajaan itu mestilah mengambil inesiatif untuk membasmi apa jua industri yang ada kaitan dengan tembakau. Menurunkan kadar penggunaanya. Bagaimana mungkin adalah berbeza dari mengadakan kempen penerangan bertapa mudaratnya kesan merokok itu kepada kesihatan, program kesihatan kepada sekolah-sekolah sehingga kesedaran kepada anak-anak muda akan akibatnya dan menghindarkan mereka dari menjadi perokok muda, mengenakan cukai yang tinggi kepada hasil tembakau dan natijahnya setiap kenaikan akan hanya tidak memberangsangkan pembelian rokok terutama di kalangan anak-anak muda.
20 Zulkaedah 1426 22 December 2005
This article is taken from www.arabnews. com Edited by Adil Salahi Translated by MNY, Madrasah Al-Wahidah. Disusun oleh Nur Asifa Mohd Nasaruddin.
~~ -->Penuaan sebelum waktu lebih cepat terjadi jika kamu seorang perokok. Ini kerana kandungan tar & nikotin dalam asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian kepala. Ini terbukti benar menurut kajian di Universiti Utah, perokok biasanya mempunyai risiko 5 kali lebih tinggi utk mengalami proses penuaan lebih awal.
-->Pengkaji mengatakan, nikotin dalam rokok akan masuk kedalam pusat kenikmatan dalam otak, & menanam rasa nikmat dalam daya ingatan perokok, yg mendorongnya utk merokok lagi. Ini bermakna, rasa nikmat merupakan salah satu faktor yg menyebabkan ketagihan.
-->Menurut Eye Research Foundation, sehingga 30% kes penyakit AMD(Age Macular Degeneration) boleh diakibatkan oleh rokok & risiko itu meningkat kepada 2 @ 3 kali ganda dikalangan perokok. AMD menyebabkan macular (1 bahagian pada retina), tak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya, pemandangan kabur & terganggu. Penghidapnya mungkin menghadapi masalah utk membaca, menonton tv & mengecam wajah seseorang.
-->Dalam sebatang rokok terdapat sebanyak 4000 jenis bahan beracun. Antara racun yg terdapat dalam sebatang rokok ialah CO2 (gas racun), aseton (penghapus cat), nikotin (dadah), ammonia (pembersih lantai), kresol (bahan cuci), methanol (bahan bakar roket), metopren (racun serangga), cadmium (digunakan pada kenderaan), arsenic & sianid (racun tikus), PVC (karsinogen-penyebab penyakit) dsb.
-->Merokok akan menyebabkan kulit pucat, berkedut & melambatkan keupayaan kulit utk sembuh.
-->Menurut kajian pakar seks dari British Medical Association, rokok bukan sahaja mengeluarkan bau yg tidak enak, malah turut menjejaskan kualiti seks apabila kamu mendirikan rumah tangga. Nikotin pada rokok akan terkumpul & membentuk lemak yg akan mengganggu kelancaran perjalanan darah ke bahagian penis. Arteri pada bahagian itu juga akan membesar & menyebabkan kamu gagal mencapai kepuasan seks yg sebenar apabila berkahwin.
-->Menurut Prof. Takesaki, diet tradisional Jepun yg kaya dengan ikan mentah menjadi salah satu sebab mengapa perokok Jepun kurang menghidap kanser paru². Utk mengelakkan kanser paru², jumlah pengambilan ikan mentah perlulah melebihi jumlah rokok yg dihisap. Namun pengambilan ikan mentah bukan 100% dapat memberi jaminan. (umai??)
-->Merokok sebenarnya meningkatkan risiko tekanan & menyebabkan panik.
-->Satu kajian di US mendapati bahawa 65% daripada mereka yg merokok mengalami masalah berat badan berlebihan & 45% mengalami obesity. Dengan merokok akan memusnahkan keupayaan kamu utk melakukan senaman memandangkan kerosakan yg terdapat dibahagian sistem kardiovaskular. Tanpa senaman aksn menambah berat badan kamu.
-->Lelaki yg merokok didapati meninggal 9 tahun lebih awal berbanding yg tak merokok.
-->Lelaki yg menghisap sekotak rokok sehari mempunyai 22 kali kebarangkalian utk menghidap kanser paru2 berbanding populasi biasa.
-->Merokok & alkohol juga boleh mengganggu pengeluaran & tahap kesuburan sperma.
-->Berdasarkan kajian oleh Dr Ralph Delfino dari Universiti California mendapati bahawa lelaki biasanya merokok kerana marah manakala perempuan merokok kerana seronok. Kedua²nya cenderung utk merokok ketika sedih @ gelisah.
-->Wanita yg tidak mempunyai gen yg mengawal keupayaan badan utk meneutralkan bahan kimia yg terdapat dalam asap tembakau, mempunyai 6 kali risiko utk mendapat kanser paru². Semakin kerap mereka terdedah kepada asap rokok, semakin tinggi risiko mendapat kanser tersebut.
-->Perempuan yg merokok lebih terdedah kepada risiko utk mendapat kanser pada pundi kencing berbanding perokok lelaki.
-->Nikotin mempermudahkan semua selaput lendir sel² tubuh b’reaksi @ menjadi terangsang. Jika ia berlaku di serviks, ini boleh menyebabkan kanser serviks. -->Orang yg menghidu asap rokok 80 kali lebih terdedah dengan risiko untuk mendapat penyakit yg sama walaupun tidak pernah merokok.
-->Asap rokok yg disedut mengandungi 401 jenis racun & 43 jenis karsinogen(penyebab kanser)
-->Merokok boleh menyebabkan 1) Gigi kuning & mulut berbau. Partikel dalam asap rokok membuat gigi kuning. Ia juga mengundang bacteria penyebar bau mulut, sakit gusi & pelbagai masalah kronik tentang gigi.
2) Impotent(mati pucuk). Nikotin akan menyebabkan dinding pembuluh darah yg menuju ke penis & dinding pembuluh darah dalam penis akan mengalami penebalan & pengerasan. Akibatnya, aliran darah ke ruang² pembuluh darah dalam penis terbantut sehingga ereksi juga terganggu & terbantut.
3) Gangguan peredaran darah. Oksigen dalam darah akan diganti oleh beberapa komponen asap rokok sehingga sel² tubuh kekurangan oksigen. Kalau anda bernasib baik, anda hanya akan mengalami sakit sendi serta kaki & tangan terasa dingin. Selanjutnya, anda akan rasa gementar, lumpuh & kehilangan kemampuan berbicara akibat stroke.
4) Tulang rapuh. Kajian menunjukkan bahawa rokok boleh menyebabkan kurang ketahanan tulang. Nikotin pula menghambat produksi hormon² yg bermanfaat utk kesihatan tulang.
5) Tidak cerdas. Anda dah mbaca huraian diatas & pasti juga sudah berkali² membaca kesan rokok. Bahkan iklan rokok juga mempunyai peringatan. Kalau ia masih belum dapat memotivasikan diri anda utk berhenti, jelas sekali bahawa otak anda sedang kekurangan oksigen.
weyh kalo sentuh rokok, pastu cucuh rokok, pastu kita hisap asap dier.. kita hembus.. pastu hisap.. kita hembus.. buat byk kali sampai jadik pendek rokok tuh.. kira haram x tuh??
elehhh...... orang skang mana bleyh melarikan diri dari kenyataan..... emangnya rokok lah satu2nya bagi mereka...
kerna sengaja nak pendekkan umo diorang sendiri.. tidakkah itu bongok.. nak cari penyakit sendri.. pastu ha.. orang jugak yg susah2 hantar diorang masuk hospitall...
pnyakit barah peparu tuu biasenyer dari rokok jugakk.. penyakit jantung? tumor otak? ha... pikirkann... :D
ya ampun fi3 ni.... penting2kanlar jugak kesihatan ko tuh,..