Pada suatu malam 3 ekor puntianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga puntianak mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling bagus, mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing.
Puntianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatanada kesan-kesan darak di sekitar gigi Puntianak A.
Puntianak A : kau orang nampak rumah itu? Puntianak B dan C : Nampak! Puntianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan
Puntianak B pula terbang lebih pantas dari Puntianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah keseluruhan mulut puntianak tersebut.
Puntianak B : kau orang nampak kampung tu? Puntianak A dan C : Nampak! Puntianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
Selepas itu Puntianak C pula terbang lebih pantas dari puntianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir bukan sahaja pada mulut malah pada keseluruhan muka puntianak tersebut.
Puntianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu? Puntianak A dan B : Nampak! Puntianak C : Err.. tadi aku tak nampak....
Moral of the story : jangan suka merayau malam.......... hihihihihihihihihhii!!!