Sekadar nak kongsi cerita yang telah difwdkan. Cerita ini sedih, harap dapat kawal perasaan! AsakudiAyahku dan si"dia"*Coretan seorang guru wanita di salah sebuah felda di selatan tanah air... Seorang murid dari kelas 3 Mawar telah bertemu denganku. Semalam dia memintauntuk bertemu dengan aku karana hendak menceritakan tentang ayahnya.Liliana, merupakan seorang pelajar yang aktif dan riang sebelum ini. Hanyakebelakangan ini sahaja dia kelihatan murung dan sedih. Kadang-kadang sesi"Bahasa Inggeris" yang aku ajarkan bagaikan tidak mengundang keminatannya. Dia sering termenung dan kelihatan sugul. Kini dia di hadapanku, harapanku,jika ada masalah yang dia hadapi akan cuba kubantu sedaya mungkin. Cikgu, ini mengenai ayah saya. Air matanya terus berlinangan. Aku hanyamampu memegangnya dan mengurut-urut lengannya, dan menantikan dia meneruskankalimat-kalimat dari bibirnya yang kecil itu. Dia meneruskan kata-katanya:
"Ayah saya telah berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya keranakehadiran "dia". Kehadiran "dia" ke rumah kami telah mengubah suasana didalam rumah . Memang pada asalnya, "dia" memang dinanti-nantikan untukbersama kami. Malah, ibu sayalah yang telah mencadangkan kepada ayah untuk"dia" tinggal bersama kami. Pada awalnya kami amat gembira bila "dia" adabersama kami. Mungkin kerana "dia" masih baru dan kami masih terlalu terujamendapatkan "dia" di dalam rumah kami. Keadaan telah berubah apabila ayah sudah mula rapat dengan si "dia".Walaupun pada asalnya ibulah yang banyak bersama dengan "dia", namunakhirnya ayah pula yang berjaya dikuasai oleh si "dia". Semenjak itu ayahtidak memperdulikan ibu lagi. Kami juga sudah tidak ayah pedulikan juga. Hubungan ayah dengan "dia" semakin intim. Pulang sahaja dari kerja, ayahterus mendapatkan si "dia". Kadang kala ayah sanggup untuk mengambil cutisemata-mata untuk bersama dengan si "dia". Kami geram sungguh!
Pada bulan Jun yang lalu, krisis kami dengan ayah mencapai kemuncaknya. Ayahsudah tidak pedulikan ibu lagi. Ayah sudah tidak tidur dengan ibu lagisemata-mata untuk bersama dengan si "dia". Ayah sudah melampau. Ayah sanggupmengorbankan waktu tidurnya dan juga waktu bersama ibu hanya untuk bersamasi "dia". Lebih menghangatkan darah kami lagi, di pagi hari kami lihat ayah terdampar bersama si "dia". Satu contoh yang amat tidak sihat buat kamianak-anak. Ibu tetap boleh bersabar. Banyak kali juga kami mendengar ibumenasihati ayah, tetapi ayah tetap tidak berubah. Ibu tidak mahu derhaka,hanya nasihat sahajalah yang boleh ibu berikan. Malangnya tidak nampak pun riak-riak ayah akan berubah. Bahkan kini ayah semakin teruk.
Siang, malam, pagi, petang....ayah lebih meluangkan masa untuk bersamadengan "dia". Saya tidak mahu digelar anak derhaka, tetapi keadaan ayahsemakin melampau. Akhirnya cikgu..." Dia terus menangis teresak-esak. Aku terus memujuknya, "sabar, setiap orang ada masalah masing-masing. ..". Aku terus memeluk Liliana. "Cikgu Ros, saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tetapi demi ayah, sayaterpaksa lakukannya.. .""Apa yang kamu telah lakukan?", tanyaku dengan nada yang lembut."Saya terpaksa menelefon tempat asal si "dia". Saya telah mendail * 1300-82-3838* , dan meminta mereka memutuskan hubungan ayah dengan "dia"""Siapa dia tu?", aku binggung..."Astro!"Aku: ??????? Moral: Astro macam-macam ada, tapi jangan sampai waktu untuk isteri dan anak-anak tiada kerananya!
sungguh kurang sopan si ayah tu asyik melekat ngan si astro tu ek...kurang belacan punya astro..bek ko letak astro tu dalam bilik mak ayah nko blues..sekurang2nya takde le mak nko tido sorang2..mesti ayah nko tu akan tido sebelah mak nko .. sambil matanya melihat kecomelan astro tu...best tak cadangan aku??
__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?
ak dah agk dah.... cite nie sesuai tuk cite kat adik ak time beliau nk tdo mlm jek... ak bce baris pertama pun datau ending cite nie... xpela.. demi memuaskan nafsu serakah si bluuesss nie ak gelak la ckit... huhuhohohoho....
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...