Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cerita Rakyat 2


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:
Cerita Rakyat 2


Sekadar nak kongsi cerita yang telah difwdkan. Cerita ini sedih, harap dapat
kawal perasaan! Asakudi Ayahku dan si"dia" *Coretan seorang guru wanita di salah sebuah felda di selatan tanah air...
Seorang murid dari kelas 3 Mawar telah bertemu denganku. Semalam dia meminta untuk bertemu dengan aku karana hendak menceritakan tentang ayahnya. Liliana, merupakan seorang pelajar yang aktif dan riang sebelum ini. Hanya kebelakangan ini sahaja dia kelihatan murung dan sedih. Kadang-kadang sesi "Bahasa Inggeris" yang aku ajarkan bagaikan tidak mengundang keminatannya.
Dia sering termenung dan kelihatan sugul. Kini dia di hadapanku, harapanku, jika ada masalah yang dia hadapi akan cuba kubantu sedaya mungkin.
Cikgu, ini mengenai ayah saya. Air matanya terus berlinangan. Aku hanya mampu memegangnya dan mengurut-urut lengannya, dan menantikan dia meneruskan kalimat-kalimat dari bibirnya yang kecil itu. Dia meneruskan kata-katanya:

"Ayah saya telah berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya kerana kehadiran "dia". Kehadiran "dia" ke rumah kami telah mengubah suasana di dalam rumah . Memang pada asalnya, "dia" memang dinanti-nantikan untuk bersama kami. Malah, ibu sayalah yang telah mencadangkan kepada ayah untuk "dia" tinggal bersama kami. Pada awalnya kami amat gembira bila "dia" ada bersama kami. Mungkin kerana "dia" masih baru dan kami masih terlalu teruja mendapatkan "dia" di dalam rumah kami.
Keadaan telah berubah apabila ayah sudah mula rapat dengan si "dia".
Walaupun pada asalnya ibulah yang banyak bersama dengan "dia", namun akhirnya ayah pula yang berjaya dikuasai oleh si "dia". Semenjak itu ayah tidak memperdulikan ibu lagi. Kami juga sudah tidak ayah pedulikan juga.
Hubungan ayah dengan "dia" semakin intim. Pulang sahaja dari kerja, ayah terus mendapatkan si "dia". Kadang kala ayah sanggup untuk mengambil cuti semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Kami geram sungguh!

Pada bulan Jun yang lalu, krisis kami dengan ayah mencapai kemuncaknya. Ayah sudah tidak pedulikan ibu lagi. Ayah sudah tidak tidur dengan ibu lagi semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Ayah sudah melampau. Ayah sanggup mengorbankan waktu tidurnya dan juga waktu bersama ibu hanya untuk bersama si "dia". Lebih menghangatkan darah kami lagi, di pagi hari kami lihat ayah
terdampar bersama si "dia". Satu contoh yang amat tidak sihat buat kami anak-anak. Ibu tetap boleh bersabar. Banyak kali juga kami mendengar ibu menasihati ayah, tetapi ayah tetap tidak berubah. Ibu tidak mahu derhaka, hanya nasihat sahajalah yang boleh ibu berikan. Malangnya tidak nampak pun
riak-riak ayah akan berubah. Bahkan kini ayah semakin teruk.

Siang, malam, pagi, petang....ayah lebih meluangkan masa untuk bersama dengan "dia". Saya tidak mahu digelar anak derhaka, tetapi keadaan ayah semakin melampau. Akhirnya cikgu..."
Dia terus menangis teresak-esak. Aku terus memujuknya, "sabar, setiap orang

ada masalah masing-masing. ..". Aku terus memeluk Liliana.
"Cikgu Ros, saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tetapi demi ayah, saya
terpaksa lakukannya.. ." "Apa yang kamu telah lakukan?", tanyaku dengan nada yang lembut. "Saya terpaksa menelefon tempat asal si "dia". Saya telah mendail *
1300-82-3838* , dan meminta mereka memutuskan hubungan ayah dengan "dia"" "Siapa dia tu?", aku binggung... "Astro!" Aku: ???????
Moral: Astro macam-macam ada, tapi jangan sampai waktu untuk isteri dan
anak-anak tiada kerananya!

fuuuhhh ending dia....aku tarik nafas...........


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:

haha... kuang asam betol... tulisan astro tu besar sangatlar.. tak surprise nak baca klau awl2 dah nampak...

__________________
I hate some of them. I hate people who i love.


Senior Member

Status: Offline
Posts: 303
Date:

sungguh kurang sopan si ayah tu asyik melekat ngan si astro tu ek...kurang belacan punya astro..bek ko letak astro tu dalam bilik mak ayah nko blues..sekurang2nya takde le mak nko tido sorang2..mesti ayah nko tu akan tido sebelah mak nko .. sambil matanya melihat kecomelan astro tu...best tak cadangan aku??

__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

aduh keciknyer tulisan
aku ni dah la rabun

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

ak dah agk dah....
cite nie sesuai tuk
cite kat adik ak time
beliau nk tdo mlm jek...
ak bce baris pertama
pun datau ending
cite nie...
xpela..
demi memuaskan nafsu serakah
si bluuesss nie
ak gelak la ckit...
huhuhohohoho....


__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 60
Date:

mcm xrajin nk baca je...

__________________
YuChi Luv EpPi EnDiNg


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Aik magic2..pg td aku tngk tlsn kecik2..ptg dh jd besar..susu mn ko minum ni blues?susu made from china eh..cpt tol mbesar

__________________
Aku IBU si Comel...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard