Pagar Diri ?? > Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan > untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal > ilmu > hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang > anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan > syaitan. > > Pagar Pertama (1) - > Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah > > Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan > Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis > tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati > sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh > biji > tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau > sihir yang terkena pada hari itu". > (Riwayat al-Bukhari.) > > Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur > > > Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang > mempunyai wuduk. Setiap muslimyang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat > oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. > kepadamereka. > > Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini > mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada > seorang pun dari > mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada > bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah > terlalai walaupun > sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini > kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.' > (Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.) > > Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah > > Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim > bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap > solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk > mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan > berjaya > merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain. > > Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda: > Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak > mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya > akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat > berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang > menyendiri > dari puaknya. > (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik). > > Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari > sihir > > Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah > mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam > boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. > Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya > adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas > hasil perlakuan syaitan tersebut. > > Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu > tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak > mengerjakan > solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: > Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya" > (Riwayat al Bukhari dan Muslim). > > Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam > tandas > > Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia > akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk > menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di > dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia > pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika > kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. > > Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas,baginda akan membaca doa > perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! > Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan > gangguan syaitan". > > Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan > syaitan-syaitan jantan atau betina. > > Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah > > Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan > adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan > kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: > > "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah > Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan > keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah > isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan > perbuatan > orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah > melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu > daya." > (Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik). > > Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi > dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. > > Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata > kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi > sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala > syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu > pagi''. > > Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut > sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia > sendiri sememangnya penipu." > (Riwayat al-Bukhari).