Jangansengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Janganmasuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Janganmakan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Janganbiarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangantidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Janganmakan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan
Jangankeluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Janganpakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Janganbiarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Janganmenangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Janganmengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Janganlupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Janganbakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Janganbanyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Janganbiasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangansuka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Janganmempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Wasalam
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."