Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SIAPA LELAKI SOLEH?????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:
SIAPA LELAKI SOLEH?????


SIAPA LELAKI SOLEH

Lelaki Soleh dapat di definisikan
sebagai seorang lelaki muslim yang
beriman (mukmin), bersih dari segi
zahir dan batinnya, mengambil makanan
yang bersih dan halal(bukan dari
sumber yang haram)serta sentiasa
berusaha menjauhkan dirinya dari
perkara perkara yang akan mendorong
kearah maksiat dan menariknya ke
jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki
soleh juga ialah seorang lelaki yang
sentiasa taat kepada Allah swt. dan
RasulNya walau dimana sahaja mereka
berada dan pada bila bila masa sahaja.
Kesolehan dan keimanan seseorang tidak
dapat dilihat dan diukur dari segi
lahiriah semata mata kerana ianya
adalah berkait rapat dengan masalah
AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia
menyerah keyakinan dan ketaatan dan
sebaliknya. TAUHID merupakan dasar
tertinggi dalam kehidupan yang harus
sentiasa dipelihara kerana apabila
tauhid tidak betul dan sempurna, maka
seluruh amalan yang dilakukan adalah
sia-sia sahaja. Apabila telah jelas
kepada siapa kita memberikan perwalian
dan terhadap pihak mana kita menolak
kepimpinan, barulah Tauhid akan
menjadi kenyataan dan berdiri dengan
tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh
yang demikian, jelaslah bahawa
kesolehan seseorang lelaki itu tidak
dapat dinilai dari segi lahiriah
semata-mata. Ianya adalah lebih jauh
dan mendalam dari itu senua. Antara
hal-hal yang harus dilihat dan dikaji
pada setiap individu muslim ialah
perkara-perkara yang bersangkutan
dengan keyakinan, tujuan dan pandangan
hidup serta cita-cita dan jalan hidup
seseorang itu.



__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 202
Date:

aku!!..aku!!.. eh ini bukan teka teki eh?

hmm.. kalo pompuan yang solehah pun lebih kurang camtu jugok la...tak gitu?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:


ya, hampir sama la....tujuan lelaki dan perempuan yang diciptakanNya pun hampir sama kan?????

__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 204
Date:

sama tapi berbeza.....

__________________
~apa ada pada nama~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard