Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: TUGAS DAN KEWAJIPAN LELAKI SOLEH


Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:
TUGAS DAN KEWAJIPAN LELAKI SOLEH


Tugas tugas dan kewajipan Lelaki
Soleh....... .

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang
lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil
terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH...... .... Tugas
mencari nafkah diberatkan kepada kaum
Lelaki kerana kelebihan dalam
penciptaannya yang berupa kekuatan
fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu
Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk
mencari nafkah, memberi perlindungan
dan pertahanan maruah kehidupannya
terutama kepada keluarga, agama,
bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya
lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi
kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki
muslim, lelaki dan suami yang soleh,
tidak akan melalaikan tugas ini. Ia
wajib bekerja menurut apa sahaja
kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas
ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya
iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan
Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU
untuk melakukannya sebaliknya gembira
dan berbangga terhadap pekerjaannya
lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk
mengingati hari akhirat tetapi
menjadikannya sebagai tujuan yang
utama. dia bekerja didunia untuk
mencari keuntungan di akhirat,
bukannya mengejar keduniaan semata-
mata. Dengan cara ini, usahanya akan
sentiasa berhasil dan berjaya didunia
dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf
yang bermaksud; Wahai anak Adam!
Juallah duniamu dengan akhirat, maka
engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi
jangan engkau jual akhirat dengan
dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

" Bagi orang orang yang telah
mengerjakan kewajipan agamanya dengan
baik, kemudian terasa penat dan letih
pada malamnya, sehingga tidak dapat
mengerjakan amalan amalan sunnah, maka
Allah dan RasulNya memberikan jaminan
dengan ampunan sepanjang malam yang
dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".

Inilah antara ganjaran yang akan
dikurniakan kepada lelaki soleh yang
mencari nafkah dengan bersungguh
sungguh. Terdapat dua cara orang
berusaha mencari nafkah seperti yang
dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan
tugasnya terhadap Allah swt. dan
janganlah ia meninggalkan nilai nilai
yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan
cara yang halal, bersih dan tidak
membawa apa apa kemudaratan kepada
orang lain dan tidak pula bertentangan
dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang
diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang
menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman
keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan
dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan
cara yang bathil seperti yang
diterangkan dalam surah An Nisa 4,
ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH Jihad
merupakan amal yang paling utama dan
puncak ketinggian Islam. Tidak ada
satu pun amalan soleh yang dapat
menandingi Jihad. Orang soleh tidak
sedikit pun merasa gentar dan takut
apabila berjuang menegakkan agama
Allah sebaliknya sentiasa tersenyum
bangga menjadi seorang Pegawai Allah
dengan gelaran paling indah iaitu
MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan
dengan lelaki soleh, yang mana
pekerjaan utamanya membunuh atau
terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia
mesti membunuh. Tidak terdapat
alternatif lain kecuali satu antara
dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH
atau MENANG.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG
LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini
golongan kafir senantiasa mencari
peluang untuk menindas dan menakhluki
negara-negara serta umat- umat Islam.
Orang orang yang soleh haruslah peka
dan bersedia untuk bertindak balas
supaya umat-umat Islam tidak akan
ditindas dengan sewenang-wenangnya
oleh golongan tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan
tanggungjawabmu bukanlah ringan,
bayangkan langit dan gunung tidak
mampu membawanya. Kamu sajalah yang
akan tampil dan mampu menyelesaikan
persoalan besar ini. Orang orang yang
lemah dan sedang tertindas sentiasa
menanti kehadiranmu. Mereka berdoa
agar kamu segera tiba untuk menjadi
pembela dan penolong bagi mereka."

Inilah laungan yang senantiasa
terdengar daripada golongan golongan
yang tertindas dan mengharapkan
bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh
haruslah memainkan peranannya sebagai
pembela agama sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung demi untuk
mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......

1. Mengajar dan membimbing dengan cara
yang baik sehingga isteri isteri yang
tidak solehah menyedari akan
kesilapannya dan menukar cara hidupnya
menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang bodoh dan
keras kepala dengan bijaksana sehingga
dia menyedari hakikat yang sebenarnya
dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah
digariskan oleh Islam untuk mengatasi
masaalah ketidaksesuaian suami isteri
dalam kehidupan rumah tangga. Apabila
menghadapi sebarang kesulitan, lelaki
soleh tidak akan cepat melatah dan
bertindak menurut nafsu dan perasaan
semata-mata tanpa mengambil kira
perasaan orang lain. Lelaki soleh akan
bertindak dengan cara yang lebih
effisien dan bijaksana dan senantiasa
memohon petunjuk dari Allah swt.
Dengan ini kebahagiaan rumahtangga
akan dapat dikekalkan buat selama
lamanya. Berlaku baik terhadap isteri
Suami yang soleh akan sentiasa
maenjaga kebajikan keluarganya
terutama isterinya. Ia senantiasa
menjaga hati dan perasaan pasangannya
dan sentiasa menggembirakan isterinya.
Mereka juga akan bertanggungjawab
dalam menguruskan urusan rumahtangga,
dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik
diantara kamu adalah orang yang
terbaik terhadap isterinya, dan aku
adalah orang yang terbaik diantara
kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu
Majah )

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan
berkeluarga. ......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan
ayah
B: Kebiasaan beliau di tengah
kehidupan bekeluarga
C: Cinta kasih beliau terhadap isteri
dan anak.

Wassalam.



Ketika segalanya menjadi sesuatu yang
tidak masuk akal dan kau merasa
tertekan... Allah bersamamu untuk
menenangkanmu. ..

Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih.. Allah
sudah menghitung airmatamu.



__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard