Resepi kita hari ni ialah Ayam Goreng Berempah Tak Kunjung Tiba... Bahan2-yer: -Dah tentula mst ada ayam -minyak masak cap jeles (ada ker?) -kicap cap jeles..ha wajib ada -sos tiram cap jeles -rempah ratus yang beratus-ratus jumlah'yer hingga tak larat nak taip kat sini -bahan perasa secukup'yer..lain2 korang tanyala mak korang!!!
Cara2'y Pastikan ayam yg nk dimasak tu dah disembelih.Lagi sodap kalau gunakan ayam kampung y tlh pun akil baligh (bukan Akil Hayy).Nak sembelih tu korang blhla mntk tlg tok imam mesjid kampung korang nun.Kalau to imam busy sgt,ajk mesjid pn ok jg.Jgn korangmntk tlg Ah Seong yg buka kedai repair beskal belakang rumah korang udahler.
Tuang minyak masak ke dalam kuali & pastikan minyak tu betul2 panas sebelum aktiviti menggoreng dimulakan.Anda blh melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas spt buka radio kt depan,siaran PANAS FM yang sentiasa memutarkan lagu2 dangdut pastu bergelek la ala Angelina Jolie eh silap...Amalina.Kalau dah bosan korang blh keluar berjoging di taman berdekatan rumah anda sj.Diingatkan TAMAN BERDEKATAN RUMAH bg mengelakkan anda tersesat jalan andai di taman2 y lain spt Tmn Tun,Tmn Negara,Tmn Astakona dsb.
Cara utk memastikan minyak betul2 panas,gunakan jari anda..andainya anda segan blh jg mntk khidmat jari adik anda.Letakkan di hujung kuali,kalau rajin kat tengah2 kuali pun takpe(pastikan amik insurans dl),jk tindakan refleks t'jadi di mana andai berkata adoi..maka telah sah minyak itu tlh cukup panas.
Pecahkan sebiji telur ke dalam kuali..anda tidak perlu menggunakan hammer @ apit G utkmemecahkannya,memadai dgn menggunakan sudu @pn pecahkan sj ditepi kuali dgn skala kecerunan 90 drjh.
Bila telur telah masak,angkat& hidangkan di atas pinggan Ar-rajagopal,hiaskan dgn bawang goreng tabur @ timun mengikut kreativiti anda.jgn tabur ala2 tabur bungai rampai pengantin la..macam orang khwn nnt jdyer.
Ayam td anda masukkan sj ke dlm peti sejuk..anda blh gunakan di hari y lain,waktu y sama.Ini dinamakan family planning.
Panggil sanak saudara & rakan taulan anda utk sama2 merasai keenakan juadah hasil air tangan anda itu td.Menu td sesuai utk hidangan 2 orang & blh ditambah dgn masakan beberapa bj telur lg mengikut keperluan selera anda.Lg sedap wajidkan tetamu anda membawa buah tangan yang sesuai utk dimakan bersama telur td spt ns goreng,kari kapla ikan,udang masak sambal & ketam masak lemak cili padi.
Akhir kata selamat mencuba & saya pasti anda tidak akan melupakan keistimewaan resipi ini sampai bila2 selagi hayat dikandung badan.
RESEPI INI DITAJA OLEH MINYAK MASAK CAP JELES CIK ROKIAH PADA SUAMINYA..