Subject: FW: BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK > > >> LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan >> menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita >> menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. >> Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena >> dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu >> mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan >> tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan >> arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar >> yang rendah. > >> Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa >> semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan >> yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, >> sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya >> selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya >> mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan >> Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu >> Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka >> sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. > >> Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa >> terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam >> makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita >> amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan >> seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. > >> Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman >> Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa >> minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. >> Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan >> pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi >> penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi >> lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna >> dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya. > >> Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika >> dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa >> yang disediakan untuk Ribena. - Agensi
erks...kene check gak ni....sbb rubeena kat m'sia ni bukan import direct dr london....stahu aku lah...tapi kena periksa abis2an ni.....thanks on da info
buat masa ni bnda2 gini jgn percaya dulu....kaji selidik dulu..... sllnya bnda2 mcm ni buat fitnah je.... kes mcm makanan2 yg ada unsur2 babi ari tu..dan aku penah dpat tru email masuk dlm email kat opis.... dan dan tu jugak kena smackdown balik dgn pakar2 yg lebih arif.... jgn sesekali mempercayai sesuati itu sblm kita mendapat makluman terperinci mengenainya (melalui kajian dan pengesahan jabatan Islam)..... kalu kat oversea semua bnda ditaruk arak.... kat malaysia kan ke diaorg tapis dan saring dulu... apa2pun buat ms ini jgn percaya berita2 sebegini....
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
tapikan Pn Rajin... walaupon jangan percaya dulu... tapi kite sebagai Umat Islam kena gak amik langkah berjaga-jaga... Aku pernah dengar pasal kes Ais Krim Walls kat England tak halal... tapi sebenarnya tak pon.. tu kilang kat sana.. kite amik dari kilang Thailand tak silap kot... so takde bahan yang meragukan.... So, walaupon jangan percaya, tapi better amik langkah berhati-hati.... Lagipon aku pernah tersembang gan budak Uitm kot.. ker U lain.. tak bape nak ingat... sebenarnya REBENA tu takde la banyak mane pon Vitamin C nie.. dorang saje nak test... Skali Zero... hape pon takde... Sengkuwit pon same... banyak lagi perasa minuman lain kite leh pilih.. lagi bagus, tak payah beli... minum jer air masak... lagi bagus untuk kesihatan....
betul...apa2 pun berjaga2...kes sama macam aym yg tak kena sembelih betul2 baru ni yg masuk TV tu..... lebih sng jgn makan tu semua.... makan nasik ngn ikan atau telur..minum air masak je.... takpun kalu bperisa tbuat air sirap
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
true...true... kalo rase nak makan ayam gak, sembelih jer sendirik.. atau g pasar, ade jer org jual ayam yang belom sembelih... kite pilih mane kite nak, pastu org tu sembelihkan... lame la sikit nak tgu dorg buang bulu sume, tapi sembilih depan mate... so takde keraguan....
tapi kalo nak ayam sedap lagi, jom kite g menyembelih kat Jalan Chow Kit... banyak ayam segar kat sane... pilih jer mane berkenan.... ayam import pon banyak....
aku dh check kat tenet mahupun kedai kopi pak abu....namun aku masih lagi x menjumpai info mengenai ribena ngan jelas......yang aku nak tau adalah???...apakah jenis arak yang dimaksudkan...maksud aku nama arak itu sendiri...dan aku betul2 inginkan kepastian adakah ianya arak ataupun alkohol.....kerana kedua2 perkara ini adalah berbeza.....aku pun dh cari kat laman e-fatwa namun aku x menjumpainya.....buat masa ini aku rase ribena yang dikilangkan di malaysia masih lagi selamat untuk diminum kecuali yang diimport(ini sekadar pandangan aku yang jahil)....apapun aku akan terus mencari bukti sahih.....
sekian.......
unit rawatan rapi(pakar penyiasatan kebakaran)
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
RIBENA ADA ARAK? hoiii orang kampung sumer, dengar ke idok? nampaknya kalo lepas ni aku nak minum air anggur, aku kena gi California laaa nak kena perah anggur sendiri...
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!