Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dialah Di Hati (14)


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:
Dialah Di Hati (14)


Tina segera berlalu pergi dari bilik itu.. Meninggalkan pasangan itu.

Penatlah Ika pikir-pikirkan apa kenangan yang boleh buat Alfa ingat pada dia. Ahhh.. payah sungguh. Lagikan mak bapak dia pun dia tak ingat, ni lagi nak ingat kat aku yang baru kenal berapa tahun, getus Ika.

Aha ! Kerbau… kubang kerbau ! Ika tersenyum-simpul. Kenangan itulah yang paling manis di mana Alfa sanggup terjun ke kubang kerbau untuk membuktikan cintanya. Tapi….. Camana pulak nak bangkitkan pasal kerbau ni yer? Takkan nak gi beli poster kerbau besar-besar pastu tunjuk kat Alfa macam ajar budak tadika.

‘Ini apa….??’ Tanya cikgu Ika.

‘Keeeerbaauuuuu….’ jawab murid beramai-ramai.

Errmmmm…camana yek? Ika mundar-mandir kat dalam bilik Alfa. Alfa pulak buat donno sambil dengar discman. Apa la budak pompuan ni dok tunggu aku dari tadi, nak halau kesian lak…last-last Alfa biar jer…

“kerbau oh kerbau kenapa engkau gemok ? Macam mana aku tak gemok, aaaku kuat makan…. aaaku kuat makan!”

“Makan oh makan kenapa engkau kuat ? Macammana aku tak kuat, aaaku superman… aaaku superman !”

Uiikksss? Kembang kempis hidung Alfa sebab kehairanan. Apa kena dak pompuan ni??? Walopon dia dengar discman tapi sayup-sayup masih dapat tangkap suara Ika menyanyi-nyanyi dengan riangnya siap dengan aksi sekali… mula tu Alfa heran kenapa budak ni bengkokkan dua tangannya dengan kaki pon bengkok gak… rupanya aksi kerbau berdiri dengan dua kaki belakang, kaki depan bengkok. Kehahhahahhaaaa.. lawak toi la… tapi apasal dia asik ulang tang kerbau tu ? Errmmm.. peminat kerbau kottt..

“Tolong.. tolong.. ader orang dari hospital tanjung rambutan terlepas… tolong..” jerit Alfa.

Aku tersentak.. “Sampai hati awak kate saye gile” aku hampir melelehkan air mata.. hampir terburai.. “Saye cuba berusaha nak awak pulih semula” aku hanye berkata dalam hati. hati ku betul² terguris.. aku sanggup memperbodohkan diri aku untuk ko Alfa… walaupun ko ilang ingatan.. kalu ko cakap elok² kan boleh.. kenapa cengini sekali ko luka kan hati aku.. dah la hati ku masih terluka atas kemesraan ko ngan Tina.. sekarang ko plak yang makin parah kan hati aku nih..

“Alfa.. selamat tinggal.. aku akan mengundurkan diri aku..ni aku pulangkan cincin pertunangan kite..” sambil menghulurkan cincin itu kepada Alfa.. aku terus keluar membawa diri.

Aku betul² dengan keputusan aku.. tiada lagi talian hayat untuk sambung semula ngan Alfa lepas nih.. huhh… ini adalah keputusan muktamad.. keputusan yang sebenarnya aku tak boleh terima.. tapi aku akan kuat kan diri aku untuk menempuhi dugaan nih.. aku betul² sayang kan dia.. tapi mungkin Tina adalah segala²nye bagi dia.

Hari nih aku telah sediakan surat berhenti kerja.. tunggu mase je untuk bagi pada En. Raja.. aku tanak lagi kerja kat sini.. tanak lagi pikirkan kenangan aku ngan Alfa.

“Ikis.. En. Raja ader tak..?” tanye ku pada seketeri kesayangan En. Raja.

“Ader.. nape..?” Ikis bersuara.

“Aku nak jumpa dia.. ader hal sikit” jawab ku kembali.

“Ader hal aper nih.. ko jangan memacam.. tuh aku punya tau..” gerutu Ikis.

“Hehe.. takda mase aku nak abang buncit ko tuh.. ramai lagi balak hensem kat luar tuh aku bleh ngorat…” aku ketawa ngan gelagat Ikis.

“Haha..aku gurau je..ader..masukla..” kate Ikis.

“thanks Ikis..”kate ku kembali.

“En. Raja.. are u busy..” tanye ku.

“Nop.. sile duduk.. nape.. ader aper yang perlu saye bantu..” tanye En Raja kembali. Aku menyerah kan surat yang ader dalam gengaman tangan ku.

“Ika.. ni surat berhenti kerja ker..?” Raja meneka.

“Ye En. Raja..” jawab ku hairan.. belum buka macam mana dia bleh tau. “En. Raja.. macam mana En. Raja bleh tau..?” tanye ku kehairanan.

“Cik Ika.. saye dah kerja lebih 5 tahun sebagai bos admin.. dari pengalaman yang lepas saye dah boleh agak..” En. Raja menerangkan sebab-sebab kenapa dia boleh tau aku beri surat berhenti kerja.

“Tuh surat berhenti kerja 24 jam En. Raja..” kate ku.

“Cik Ika.. kenapa nak berhenti kerja serta merta nih.. saye perhatikan awak takda masalah ngan tempat kerja nih.. malah komitmen awak bagus kat sini… kalau ader masalah takkan sampai bertindak sebegini rupa.. kalau ader masalah kat sini boleh kite bincang.. saye bukan nak jaga tepi kain orang.. tapi takde masalah yang tak boleh di selesaikan…” pujuk En Raja.

“Saya tau En. Raja.. tapi nih personal problem.. saye mesti berhenti kerja jugak..” terang ku.

“Ok.. kalau camtu saye beri awak cuti selama 2 minggu untuk awak selesaikan problem awak tuh.. saye taknak pekerja sebagus awak meninggalkan syarikat nih..” En. Raja memberi cadangan kepada ku.

“Tak boleh En. Raja.. saya tetap dengan keputusan saya..” aku berkeras.

“Err.. pikir masak² Cik Ika…” pujuk En. Raja lagi.. beria-ia En. Raja taknak aku berhenti.

“Saye dah pikir masak² En. Raja.. saye tetap dengan keputusan saya nak berhenti kerja..” aku tetap berkeras.

“Ermm.. kalau camtuh saye tak boleh paksa awak Cik Ika.. saye dah cuba memujuk awak.. ok Cik Ika.. good luck.. semoga awak sukses ngan kerja kat tempat lain. .dan saye doakan problem awak dapat awak selesaikan.. kalau awak nak masuk sini semula.. di alu² kan..” kate En. Raja.

“Terima kasih En. Raja… segala tunjuk ajar En. Raja saya hargai..” kate ku sayu.

“Err Cik Ika.. tolong panggil kan Ikis bila aku keluar tuh” pesan En. Raja.

“Baik En. Raja..” balas ku.

“Err.. Cik Ika.. good luck..”

“Thanks En. Raja..”

Dua minggu kemudian, En. Raja panggil Ika ke opis untuk sain penyata gaji. Gaji terakhir kat syarikat tu…huhuuhuu… Ika walaupon berat hati terpaksa pergi jugak. karang kalo tak sain tak keluar lak gaji ni. Sesampainya di opis, Ika dup dap dup dap….. Keta Alfa ada kat tempat parking. Apa dia buat kat sini? Dah baik ke? Dah ingat balik ke? Senyap-senyap Ika menyelit ke bilik En Raja. Malas jumpa bebudak opis ni kang nanti kene jawap macam-macam soklan.

“Wei… korang tengok ni!!!I ka datang la… Ika la…” jeritan Peah yang bagaikan guruh itu membantutkan langkah Ika ke bilik En Raja. Aisehhh… kantoi gak rupanya. Terpaksa la Ika layankan jugak kawan-kawan opismetnya.

“Ika, mehh….jumpa Alfa. Dia dah keluar dari hospital. Dia pun datang nak sain penyata gaji. Dia berenti sementara kat opis ni, sementara ingatan dia dipulihkan, ada orang lain gantikan tempat dia. Kitorang sumer dia tak kenal tauuu… teruk betul penyakit dia tuh.” Ikis tarik tangan Ika menuju ke bilik Alfa. Sebelum sampai ke bilik Alfa, Alfa lebih dulu keluar. Dia tergamam bila nampak Ika.

“Ooo… jadi kita ni satu opis la yer…” kata Alfa. Ika diam je. Tiba-tiba Alfa gelak. Gelak. Gelak bagai orang giler.

“Korang nak tahu tak… budak ni la yang buat sarkis kat dalam bilik aku dulu waktu aku kat hospital. Dia siap nyanyi lagu kerbau oh kerbau lagi… pastu… siap ada aksi kerbau menari… warkkkkkk kak kakk kah kahk akhhhkhh……” Alfa gelak sampai berair mata. Tak ingat dunia. Semua orang dalam opis tu mula berkerumun.

Alfa merepek-repek sambil gelak sambil memalukan Ika. Tiba-tiba… Pangggg!!!! Satu tamparan wanita hinggap di pipi Alfa. Terus Alfa terdiam bagai tersedar dari mimpi.

“Walaupun saya dah tak ada dalam memori awak, tapi harap awak boleh hormat orang lain. Sekurang-kurangnya hormat saya sebagai seorang perempuan asing, yang tak pernah awak kenal!!!” Ika terus berlari keluar sambil menangis. Orang lain semua terkebil-kebil.

“Ika! Tunggu….” uiks? Ika berpaling. Alfa termengah-mengah kejar Ika.

“Kenapa awak tampar saya Ika? Saya kan tunang awak? Ni awak nak gi mana, lari laju-laju ni?” tanya Alfa dengan muka inesennya. Ika terkejut sangat. Alfa… Alfa dah ingat?

“Ika… baru saya teringat. Hari tu awak ada temankan saya kat hospital. Saya sakit apa sebenarnya Ika? Ika.. saya konpius sangat ni… kenapa hari tu saya tak ingat awak langsung yer….”

Aku terus je blah dari situ.. betul² sakit hati di permalukan kali kedua.. huh.. aku tak hiraukan pujukan dia sampai la kat tempat parking. Alfa menarik aku dengan kasar.

“Ika!! Kenapa ngan awak nih…” tengking Alfa.. aku hanye mendiam kan diri.. sakit tangan ku ditariknye.

“Nih ha… untuk aper awak kembalikan cincin nih.. awak mau putus ngan saye ker Ika.. kenapa..? Kenapa Ika..? Aper yang saya dah buat ngan awak..? Besar sangat ker salah saye tuh..? Kenapa Ika.. jawab..? Jawab?” bertubi² soklan dari Alfa.

“Lepas kan saye Alfa.. sakit la.. tolong la lepas kan saye..” rayu ku.

“Tidak saye nak awak beritau dulu aper yang buat awak kembalikan cincin pertunangan kite nih..” tanye Alfa geram.

“Saye nak putus..!” jawab ku ringkas.

“What!!!!” Alfa terkejut.

“Sampai hati awak mempermainkan saye” Ika menangis.

Die teringat bagaimana mesranya Alfa dan Tina ketika berada di hospital.. Kemudian bila teringatkan wajah Alfa ketawa terbahak-bahak menceritakan peristiwa memalukan yang dibuatnya di hospital. Betapa usahanya untuk mengembalikan ingatan Alfa diketawa di ejek sebegitu rupa. Sakit tangannya menampar muka Alfa sepuas hati masih terasa.

“Awak ni dah gile ke? Kejap ingat kejap tak?” Ika menengking. Seumur hidupnya tak pernah die meninggi suara kepada lelaki.
“Saya memang gile.. Saye gilekan awak” Alfa menengking balik..” ambil la semula cincin ni Ika.. Please.. Jangan buat saye macam ni..”

“Keputusan saye muktamad..” Ika tunduk. Menyampah memandang muka Alfa.

“Takkan takde talian hayat? Boleh saye tanyer penonton di studio?” Ika mendongak. Mencari kepastian di dalam mata Alfa. Eh mamat ni.. Sah dah tak betul.. Muka Alfa berubah.. Menahan ketawa.. Serta merta ketawanya meledak di sekitar parking lot.

Ika terdengar bunyi tepukan orang ramai dibelakangnya.. Dia menoleh.. Semua staff officenya berkumpul ramai-ramai disitu bertepuk tgn dan bersorak.. Ika mengerutkan dahi.. Akukah yang hilang ingatan? Apakah maknya semua ini? Ketawa Alfa masih belum reda… Perlukah aku pengsan?

“Happy birthday to u… Happy birthday to u… Happy birthday to Ika.. Happy birthday to u…” semua staff opis aku termasuk si Alfa nyanyi kan tuk aku.. iskk ye ker hari nih hari jadi aku.. kenapa aku tak leh ingat… aku menangis..

“Sampai hati korang buat joke terlampau cam ni..” aku makin sakit hati.

“Ika… harini hari jadi awak… dan saya nak jadikan hari ni hari yang paling spesel dalam hidup awak…” kata Alfa. Ika masih pening-pening lalat. Terlampau sedihkan Alfa, langsung lupa harini hari jadi dia.

“Hari tu yer-yer hilang ingatan… sekarang ingat pulak besday saya hari ni!!” kata Ika dengan nada tak puas hati. Alfa senyum ala-ala Keanu Reeves.

“Yer… saya mengaku… hari tu memang saya hilang ingatan… sampai tak ingat langsung kat Ika. Tapi tadi… lepas kene lempang ngan tangan sakti Ika… terus saya teringat balik… rupa-rupanya Ika lah imej yang saya cari-cari selama saya hilang ingatan.. Sebab bila otak saya bergegar tadi.. wajah Ika yang saya nampak dulu… So Ika.. hari ni saya nak lamar awak jadi isteri saya? Boleh?” lembut suara Alfa. Ika menahan senyum.

“Habis Tina tu macam mana pulak?” eleh.. konon merajuk le tu Ika tuh..

“Surprise!!!!” seperti dalam pilem hindustan, Tina muncul tiba-tiba bila namanya disebut. Di tangannya ada sejambak besar bunga. Kat belakang ada orang sorong troli dengan kek besar.

“Ika, terimalah Alfa sebagai teman hidupmu. Tina ngan Alfa dah takde apa-apa lagi… Haaa! Apa kata kita kawen sekali nak? I cadang dalam masa empat bulan lagi I nak kawen ngan tunang I ni…” kata Tina dengan ceria. Dari belakang Tina muncul seorang jejaka yang amat-amat Ika kenali. Dia ni? Tunang Tina? Arrkkkk….. haruskah aku pengsan???

“Armand?” Ujar Ika.. Armand sepupunya.. anak mak teh dia.. Macam mana dia leh kenal ngan Tina lak nih… Banyak tui kebetulan… isk isk isk.. Tapi bile masa lak derang bertunang? Mak teh xde mention apa2 pun…

“Biler ko tunang man? And biler ko kenal Tina nih? “tanya Ika bertalu-talu.

“Besa ler,takkan nak bagitau semua kot,” Armand tersengih sambil memeluk bahu Tina. Tina hanya tersenyum manja sambil memeluk pulak pinggang Armand. Ika hanya mengerutkan dahi. Aii… macam2 peel orang2 kat sekeliling aku nie…. Fening!! Fening!!

“Ika… awak masih tak bagi jawapan pada saya,” Ika menoleh. Terlupa lak pada Alfa yang berlutut di sebelahnya tadi gara2 kehadiran sepupunya itu. Keringat yang membasahi tubuhnya seakan tidak terasa bila memandang wajah Alfa yang seposen tu yang masih memegang bunga dan sebentuk cincin.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard