Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Wacana wanita siber 2


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
Wacana wanita siber 2


"Mak dengar tu?"Zuki yang mulanya duduk di sofa,bangkit dan duduk di sisi isterinya."Kalau ada kawasan yang luas pun,kawan-kawan Zuki dan Ita tak boleh datang tolong mak,mereka pun sibuk macam kami juga."

Utih yam hanya mendiamkan diri.Perutnya mencerut lapar.Sejak pagi tadi dia hanya makan nasi lemak bungkus yang dibeli Zuki.Anak-anak Zuki punsama macam ibunya.Mengadap benda putih itu juga.Kalau tak silap Utih yam benda serupa itu ada tiga di rumah Zuki.Satu digunakan Rosita,satu digunakam Zukidan satu lagi digunakan oleh anak-anak mereka.Semua mereka mengadap benda berpetak ajaib tu,tidak ada seorang pun yang mahu datang bercakap-cakap bengannya.Jemu benar rasa Utih yam.Rosita sedang sibuk menjemput orang untuk kendurinya.Macam dia juga dulu.Cuma caranya berbeza.

Utih Yam perlahan-lahan bangun.Dia sudah lapar benar.Sudah tidak tahan lagi.Dia harus memasak sendiri kalau hendak makan.Aalau tunggu Rosita bangun dari kerusi,alamat kebulurlah dia.Tambahan pula kata Zuki,memantunya tiu hanya makan pil.Ah,makan pil?Kenyangkah makan pil?Utih Yam menyeringai.

Di dapur,Utih yam rasa dia seperti orang buta.Mana periuk belenga?Matanya liar mencari.Semuanya barang-barang kaca cantik berbunga yang tertiarap dan terssusn dengan cantiknya.tidak ada dapur dan tungku tempat memasak.Yang ada cuma benda putih kecil macam petisejuk di atas meja.Bersih dan kemas saja.

"Mak nak masak?"Rosita tiba-tiba muncul dari belakang.

Uith Yam mengangguk,"mana dapur kau?Aku nak masak nasi."

"Kami masak dengan benda ni mak."Rosita menunding ke arah benda berpetak yang pintunya boleh dibuka dan ditutup itu.Kan mak dah tengok selama ni?Dalam TV pun ada."

Utih Yam tidak mahu ditertawakan lagi.Matanya hanya memandang saja Rosita memasukkan beras dalan benda berpetak itu.Rosita menggoreng ikan dalam benda berpetak itu jugakah?Patutlah rasanya tidak sedap.
"Nanti bila masak dia kasn berbunyi mak.Mak tunggulah,saya hendak pergi menjemput kawan-kawan."

Utih yam melangut di dapur seorang diri.Sunyi rasanya.Lamba lagikah kenduri Zuki?Kata Zuki dua tiga hari lagi.Kalau di kampung,dua tiga hari hendak mengadakan keduri ,adalah hari paling sibuk.orang kampung sudah mulai datang bertandang.Mereka tolong mengumpulakan kelapa.Menyusun periuk belanga dan pinggan magkuk.Orang lelaki pula bergotong-royong mengumpulkan kayu api dan mendirikan khemah.

Lepas kenduri pulamereka bergotong-royong pula mengemas kan barang-barang ke tempat asal.Penat lelah mengadakan kenduri tidak terasa.yang ada hanyalah rasa gembira kerana hubungan terjalin erat.Ramah mesra.Utih yam terus melagut dan mengelamun sementara menanti benda berpetak putih itu berbunyi.Perutnya sudah menyanyi-nyanyi.

"mak dah lapar sangat ke Mak?"Zuki tiba-tiba datang dan duduk disisnya.

"Laparla,"jawab Utih Yam selamba.Muka Zuki yang tembam direnungya lama-lama.

"Mak tak nak makan benda ni?Sedap benda ni Mak,"Zuki menarik pinggan dan mengewuarkan benda macam lempeng itu."Benda ni sedap mak.Makanlah,tak payah makan nasi,dah kenyang."

Utih Yam menggeleng,"Perut mak dah biasa makan nasi.Kau dulu,kau juga yang menolong mak masa musin menanam padai?Bila dah besar,kau lupa nasi ya?"

Zuki tersengeh,"mana lupa,kami makan nasi juga mak.Tapi makan juga benda ni.makan nasi selalu juga tak bagus mak,nanti kencing manis."

Utih yam menjeling benda berpetak itu,meneti ia berbunyi.periuk nasi di dalam benda berpetak itu berpusing perlahan.Lambat lagikah hendak masak?

"Aku dah nak balik esok.Dah jemu aku disini."
"Tunggulah mak dua tiga hari lagi.Kami pun sibuk mengatur rancangan ni.Kami nak fikir hotel mana yang kami nak tempah.Mak sabarla.Kan kenduri ni untuk mak juga?"

Uith Yam memggeleng.Perutnya semakin bernyanyi-nyanyi.Benda bereptak itu belum juga berbunyi."Buat apa kenduri tu untuk mak?Kan kenduri itu sambut perkahwinan kau?Apa kena-mengena dengan mak?"

Zuki ketawa kecil."Tapi untuk mak juga.kami nak perkenalkan mak pada kawan-kawan.Maklah yang menyebabkan Zuki berjaya macam sekarang."

"tak payahlah."Uith Yman menggeleng."Itu memang dah tanggungjawab mak.Kau rajin belajar.Tapi anak-anak kau sekarang asyik mengadap benda itu saja.Bila dia baca buku?"

Zuki ketawa lagi."Mereka belajar juga mak.Tapi belajar dengan benda tu,tak semestinya dengan buku saja mak."

Utih Yam bangun.Benda berpetak itu sudah berbunyi.Utih Yam meraba-raba benda itu untuk membukanya.Dia sudah tidak tahan menahan lpar.

"Nanti saya buka mak."Zuki menekan butang hijau bernombor iitu.Sekejapa saja pintu ajaib itu terbuka.Zuki segera mengeluarkan periuk kaca yang cantik itu.

"Tunggulah saya masakkan lauk pula mak.Sekejap saja mak."

Utih Yam memandang muka nak lelakinya,"Rosita tidak memasak?"

"Dia makan pil.Kam saya dah cakap tadi,makdah kupa?"

Utih Yam tersenyum sedikit."Zuki,mak nak masak diluar.Tekak mak tak boleh tero=ima nasi kautu,lauk kau tu.Mak orang kampung,dah biasa masak dengan kayu."

Zuki menarik muka masam."Mana ada dapur kayu mak.Mak dantag sini kenalah ikut cara sini.Sehari dua lagi mak,buakan lama."

Utih Yam tiba-tiba saja menjadi degil.Dia sudah tidak sanggup makan makanan yang pelik itu.Sudah hampoir enam puluh tahun tekaknya disumbat dengan makanan bara dan asap itu.Utih Yam sudah tidak sanggup lagi menahan tekaknya dari meloya.

"Nanti habislan rumah ni kotor mak,"Rosita menarik muka masam apabila mentuanya mengumpul ranting-ranting kering."Ikan boleh dipanggang dalam rumah saja mak.Buat apa panggang diluar."

Utih Yam tidak peduli lagi.Diambilnya batu-bata yang dibuat pendiding taman orkid menantunya untuk dibuat tungku.Tudung periuk lama yang disimpan di dalam alamari sebagai perhiasan diambilnya unutk dibuat pelapik memanggang ikan.

"Lesung itu sudah jadi barang antik mak.Janganlah ambil.,"suara Rosita tidak lembut lagi.Geramnya sudah sampai ke puncak.Zuki hanya diam seribu bahasa.marah ada,geli hati pun ada.

"Aku nak tumbuk belacan,"selamba saja Uith Yam mengambil tanpa memandang muka anak menantunya lagi.

Bau harum ikan panggang bakar menyebabkan anak-anak Zuki yang asyik bermain game menyerbu keluar.Mereka berebut-rebut mengambil pinggan dan duduk mengelilingi nenek mereka yang sedang menumbuk belacan.Zuki juga sudah menjadi dua kali lima dengan anak-anaknya.

"Apa macam.sedap tak?"tanya Uith yam kepada anak cucunya yang sedang lahap mencicah ikan panggang dengan belacan.

Zuki hanya mengangguk diikuti dengan anak-anaknya yang lain.

Mak Utih tersenyum,"Kalau kau nak buat kenduri,mak mah kau buat di rumah kau ni.Biar mak masak.Syaratnya kamu semua anak-beranak kena tolong mak.Tak payah tempah hotel.Mak boleh masak cara kampung.Kalau kau tak mahu mak nak balik kampung sekarang juga."

Zuki dan anak-anaknya tidak banyak bicara lagi.Mereka mengangguk-angguk setuju.Mulut mereka penuh dengan makanan.

"Nak tambah lagi?Tambahlah,Utih Yam gembira benar."Nasi ada sedikit lagi."

Zuki menghulur pinggan.Anak-anaknya juga menghulur pinggan.Utih Yam dengan rasa takjub dan bangga melayani anak cucunya seperti dia melayani arwah suami dan anak-anaknya dahulu.

Rosita tiba-tiba muncul dengan membawa pinggan kosong.Kepalanya tertundu kke bawah.Dihulurnya pinggannya kepada mentuanya.

"Tapi..nasi dan lauk dah habis..er kau tak makan pil?"Utih Yam memandang muka Rosita tepat-tepat.

Kali ini Rosita pula yang terpana,terlopong dan terlongo.
**********************************************Tamatidea







__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

hikhikhik,sedapnyee mkn nasi gan ikan bakar cicah smbal blacan,
mak utih nie mkn nasi bkn nak ajak aku pon!!!!

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Xpe2 jgn merajuk..kang aku bakar'n ikn tuk ko..err tlg kasik resepi ayaq asam tue..

__________________
Aku IBU si Comel...
ayu


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

wah...sambal blacan sedapnya...trus lapar la lak...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 492
Date:

adoi....lapar trus perut aku bile dgr cite2 sal sambal blacan nie......

__________________


aKu maHu jAd! owG LaeN...........

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard