Ni aku cilok dari lawak ujang..klo da ada yg post mintak ampun ya ibu-ibu,bapak-bapak skalian...
Asal Usul PAHANG
Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.
"Hamba cadangkan nama Karma Sari." "Hamba pula cadangkan Margapura." "Karma Sari lebih molek." "Molek lagi Margapura." "Pilihlah Karma Sari!" "Margapura!" "Karma Sari!" "Margapura!" "Karma Sari molek!" "Molek lagi Margapura!" "Tengkorak hang!" "Opah hang!" "Opah hang!"
"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.
Pulau Pinang mendapat namanya bersempena dari buah pinang. Terengganu juga sebenarnya mendapat nama dari sejenis buah. Mengikut batu bersurat yang ditemui di Kuala Ibai pada tahun 1612 Terengganu mendapat nama dari buah terung.
Kisahnya bermula apabila seorang pengembara bernama Awang Sulung Merah Jambu bersama pengikut- pengikutnya pergi merantau. Mereka datang dari sebuah kampung tidak bernama bersebelahan dengan negeri Melaka yang sudah wujud ketika itu. Tujuan mereka merantau tidak lain ialah untuk mencari kawasan yang subur dan boleh dibuka menjadi sebuah kampung baru mereka. Ini kerana tempat tinggal mereka yang lama sudah terlalu sesak dan tidak lagi selesa untuk didiami. Setelah dua bulan merantau Awang Sulung merasa gelisah kerana tempat yang mereka idam belum ditemui. Mereka akhirnya berhenti di suatu kawasan atas arahan Awang. Menyedari bekalan makanan mereka sudah kehabisan, Awang Sulung pergi mencari timbut kayu dan buah-buahan hutan yang boleh dimakan. Awang Sulong terperanjat apabila terjumpa sejenis buah bewarna ungu. Seumur hidupnya belum pernah dia melihat buah sedemikian rupa. Dia pun memanggil anak buahnya lalu bertanya, "Tahukah kamu buah apakah ini?" "Tahu... saya tahu!" kata Anjang Hitam, salah seorang pengikutnya yang setia. "Apakah namanya?" tanya Awang Sulong lagi. "Err... terung... terung... err.. terung..." jawab Anjang tergagap gagap. Anjang ingin menyebut terung ungu tetapi warna ungu begitu asing baginya krana itulah pertama dia melihat warna sebegitu. "Terung apa Anjang?" tanya Awang sekali lagi. "Terung.. err, terung anu... terung anu..." jawab Anjang akhirnya. "Apa? Terung anu? Ganjil betul nama itu. Tapi buah ini betul-betul menarik kerana ianya lain dari yang lain."
Kerana tertarik dengan buah sebijik itu mereka sepakat membuka penempatan baru di situ dan sebulat suara menamakan tempat itu Terengganu. Perkataan Terengganu yang ada hari ini dipercayai berasal dari perkataan 'terung anu' tersebut. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa ITM Dungun yang wujud hari ini dibina betul-betul di kawasan terjumpanya pokok terung tersebut.
Kisah bermula apabila lima pemuda yang hensem-hensem dan bersopan-santun lagi merendah diri pergi merantau sambil makan angin. Kelima-lima pemuda tersebut berbuat begitu kerana ingin mencari kelainan di tempat orang. Setelah berminggu-minggu berjalan maka sampailah mereka ke satu tempat yang tiada berpenghuni.
Maka berkatalah pemuda satu,"Negeri apakah ini?" Keempat-empat kawannya menggeleng kepala. Lalu mereka berhenti untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba pemuda dua mengadu perutnya memulas.
"Aku sakit perut!" Dengan tidak semena-mena kawannya yang lain turut juga mengalami sakit perut. Oleh kerana menghormati satu sama lain, mereka pun berbincang untuk membahagikan kawasan. Berpecahlah mereka kepada lima bahagian dengan membuat petak-petak sempadan. Mereka berjanji akan selalu bertanya antara satu sama lain setiap dua minit sekali kerana takut salah seorang dari mereka akan hilang. Maklumlah tempat itu teramat sunyi dan asing bagi mereka.
"Belum ke sudah?" tanya pemuda satu selepas dua minit. "Belum!" jawab kawannya serentak. Begitulah seterusnya hinggalah masing-masing keletihan bertanya dan menjawab. Maka pertanyaan pun diringkaskan. "Ke dah?" tanya seorang. "Belum," yang lain menjawab.
Akhirnya setelah berjam-jam bersoal jawab, maka perut mereka pun kembali pulih seperti biasa. Dalam keletihan untuk berjalan pulang, bertanyalah salah seorang dari mereka,"Ke dah?" "Dah", jawab yang lain. Kerana merasakan tempat itu tidak sesuai untuk mereka maka berjalanlah pulang kelima-lima pemuda itu balik ke negeri mereka semula. Selang beberapa bulan kemudian sepasang suami isteri sampai di situ pula. Tiada orang lain melainkan mereka berdua sahaja.
Mereka amat terkejut melihat satu tumbuhan subur dalam lima petak yang elok sempadannya. Kerana mahu mengambil buah-buah bewarna keemasan itu maka mengetamlah mereka. Oleh kerana tanaman itu subur maka letihlah suami isteri tersebut, ditambah pula dengan luasnya kawasan tanaman itu. Bertanyalah suami kepada isterinya,"Dah ke?" "Belum." Begitulah seterusnya sehingga selesai tiap-tiap satu petak tanaman itu. Bertanyalah lagi suami pada isterinya,"Dah ke?" "Dah."
Dipercayai kerana saban tahun bertanya 'dah ke' dan dijawab pula 'dah' pada setiap kali mengetam maka resminya negeri tidak bernama itu dikenali dengan Kedah hingga sekarang. Petak- petak yang dipelopori oleh lima bersaudara itu juga dipercayai sebagai petak sawah sekarang. Padi yang menunduk itu juga dikatakan hasil dari badi lima bersaudara yang tinggi meninggi diri itu.
Sekembalinya dari memungut ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Laksamana Garnesh beserta seratus hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa sebarang pembangunan. Seluruh pelusuk pulau itu dijelajahnya, tiada apa yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan.
Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal itu kepada Sultan Sri Wijaya a/l Ganesan. "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalu itu pulau kita kasi jajah sama dia." "Sapa ada sana?" tanya Sri Wijaya. "Tara sapa." "Apa nama pulau itu?" "Tara tau." "Ada orang sana?" "Tara." "Rumah?" " Tara." "Sign-board?" "Tara." "Apa pun tara?" "Hutan ada la... lain-lain suma tara." "Suma tra?" "Ya.. suma tara," jawab Laksamana. "Okey kita ambil pulau itu.. sebab apa pun tara dekat sana, kita kasi nama Suma tara."
Gitu ler cerita asal-usulnya Pulau Sumatara yang kemudiannya dipanggil Pulau Sumatera.
Pada tahun 1840an, sebelum Yap Ah Loy datang berdagang ke Kuala Lumpur, dia telah memerintahkan adik angkatnya yang bernama Lim Ah Tat pergi ke Timur Tanah Melayu bersama seorang rakan untuk survey terlebih dahulu. Mengikut perancangan awalnya, Lim Ah Tat disuruh membuka kedai membaiki motor di Brunei, tetapi tongkang yang dinaikinya pecah dan tersadai di Kudat. Di Kudat, Lim Ah Tat tidak putus asa. Dia meneruskan perjalanannya untuk ke Brunei jugak melalui jalan darat.
Setelah lapan bulan berjalan, maka sampailah Lim Ah Tat dan rakannya ke sebuah tempat yang lapang di kaki gunung. Semasa Lim Ah Tat baru hendak melelapkan matanya, tiba-tiba rakannya menjerit,"Wei...Blunai.. wa nampak Blunai!"
Lim Ah Tat tersentak dan terus berlari ke arah rakannya."Mana? Mana?" Lim Ah Tat bertanya. "Ni..." jawab rakannya sambil menunjuk lubang hidungnya sendiri.
Benganglah Lim Ah Tat. Dia pun mengutip anak batu dan baling ke arah rakannya itu tetapi tidak kena. "Aiya! Talak kinna!" Lim Ah Tat merungut.
Lapan hari lamanya Lim Ah Tat cuba membaling rakannya itu tetapi tidak kena sehinggalah pada satu petang rakannya itu memanjat gunung sehingga ke puncak. Lim Ah Tat mengikur dari belakang. Satu masa yang tepat, Lim Ah Tat membidik dan terus membaling sehingga kena ke kepala rakannya itu.
"Balu kinna! Balu kinna..." jerit Lim Ah Tat penuh gembira.
Sempena tarikh bersejarah itu, Lim Ah Tat pun menulis perkataan 'balu kina balu kina balu kina' di atas beberapa batu besar di puncak gunung itu dengan tujuan untuk menyakitkan hati kawannya, yang akhirnya dijumpai oleh arkeologis beberapa tahun kemudiannya. Mereka menyangka itu adalah tulisan orang purba yang bermastautin di pucak gunung. Lantas menamakan gunung tersebut sempena satu baris tulisan yang cuma boleh dibaca iaitu 'kina balu' kerana yang lain-lainnya telah hilang akibat hakisan.
Setelah lapan hari bermastautin di Melaka, Parameswara terasa ingin keluar berburu lalu diarahkannya para pegawai istana sepasukan lapan orang menyediakan perkaskas dan dengan kenderaan berkuda mereka berangkat masuk ke hutan. Selang beberapa ketika meredah hutan tiba-tiba melintas seekor pelanduk putih. Lalu kenallah Parameswara akan pelanduk putih itu yang menendang anjing pemburunya tempohari lantas ditambatnya hingga ke tengah hutan. Ketika sampai ke sebuah lubuk, Parameswara terserempak dengan rombongan Yap Ah Loy yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Maka segeralah Parameswara menjerit meminta Yap Ah Loy menghadang akan pelanduk putih yang sudah kelam kabut di tepi lubuk tersebut. Tetapi malang kerana pelanduk tersebut dengan pantas menendang Yap Ah Loy sehingga tercampak ke dalam lubuk. Maka diberi namalah oleh Parameswara akan lubuk di Melaka itu sebagai Lubuk Cina. Kerana terlalu marah akan perbuatan pelanduk putih itu, Yap Ah Loy pun menyumpahnya menjadi kapal. Sehinggalah kini kapal tersebut ada di T.L.D.M. Melaka dan diberi nama K.D. Pelanduk.
Suatu ketika dahulu, sebuah kawasan yang terletak di Asia Tenggara telah dijajah oleh penjajah. Adapun penjajah yang menjajah kawasan itu adalah dari golongan yang suka menjajah kerana kejayaan mereka hanyalah menjajah dan oleh sebab ituu mereka dikenali sebagai penjajah.
Di kawasan tersebut ada seorang apek yang berbangsa Cina dan bukannya bukan berbangsa Melayu atau India kerana gelaran itu hanya untuk orang Cina. Nama beliau ialah Lim Tat. Lim Tat dihormati dan dikenali oleh penduduk-penduduk di situ kerana beliau adalah seorang ahli fikir. Pada suatu ketika semasa beliau sedang berehat, maka terfikirlah dia tentang kawasan tersebut yang amat mudah dijajah oleh penjajah.
Lim Tat yang berpegang teguh dengan prinsipnya bahawa "batu dicincang takkan putus tetapi akan hancur" berpendapat bahawa kawasan itu mudah dijajah oleh penjajah adalah disebabkan sikap penduduknya yang tidak suka tolong-menolong.
Untuk menyedarkan penduduk di situ, Lim Tat telah memanggil semua penduduk untuk diberikan motivasi. Maka setelah berkumpul Lim Tat pun mengeluarkan pendapatnya. "Hadilin sekelian. Adakah kamu semua tau kenapa kawasan ini amat mudah dijajah?" tanya Lim Tat kepada semua. "Kenapa?" tanya semua yang hadir. "Ini semua adalah disebabkan kelemahan dan kesalahan kita semua," kata Lim Tat. "Apa lak salah kita. Ini semua salah penjajah le. Kalau mereka semua tak jadi penjajah maka penjajahan tak akan berlaku dan kawasan ini tak akan dijajah," kata salah seorang yang hadir di situ. "Itu betul. Tapi kita semua tetap bersalah kerana tidak bersatu padu," kata Lim Tat. "Apa lak macam tu. Booooo...!!" pekik suara yang hadir.
Oleh kerana suara hadirin lebih kuat dari suaranya, maka Lim Tat dengan perasaan marah terus menjerit dengan menggunakan mikrofon,"Ini semua salah awak semua!" "Awak la yang salah," pekik hadirin. "Salah... awak...!" Lim Tat menjerit seperti Tarzan. "Salahh...awak...!" balas setiap yang hadir. "SALAHHH... AWAKKK..!" Lim Tat menjerit dan hampir-hampir hendak menangis.
Selepas 93 tahun mepertahankan pendapat masing-masing sambil memekik "SALAH AWAK!" dengan nada yang kuat maka kawasan tersebut akhirnya diisytiharkan menjadi sebuah negeri yang dinamakan "salahawak". Sehinggalah datangnya orang-orang Jepun yang berdagang di situ menyebut "Sarrawak" yang akhirnya dieja SARAWAK oleh penjajah Inggeris.
hahahahaha... gud job la my name... walaupun aku pernah baca ni dulu.. tapi still kelakar lagi.. yg lawak nama antartika tu ada tak... yg tu kelakar... ahahahahaha
ehh... post yg ke 500... yuhuhuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR...
DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..
chikun wrote: hahahahaha... gud job la my name... walaupun aku pernah baca ni dulu.. tapi still kelakar lagi.. yg lawak nama antartika tu ada tak... yg tu kelakar... ahahahahaha
ehh... post yg ke 500... yuhuhuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
Asal UsulANTARTIKA
Suatu ketika dulu di kepulauan Nusantara terdapat sebuah negara yang aman damai yang diperintah oleh seorang raja. Raja yang bernama Raja Abdul Karim akhirnya jatuh sakit setelah lapan puluh tahun memerintah. Semasa berbaring di atas peraduannya, dipanggillah Bendahara menghadap untuk menyampaikan wasiat. Diberitahulah kepada Bendahara bahawa baginda mempunyai sebuah lagi negara di Kutub Selatan sana dan jika baginda mangkat kelak bahagilah negara tersebut kepada salah seorang daripada dua orang putera kembar baginda yang bernama Putera Abdul Nafi dan Putera Abdul Izzudin.
Pada malam itu ketika Raja Abdul Karim sedang berehat, datanglah Putera Abdul Nafi menghadapnya sambil membawa segelas sirap. Melihat kebaikan puteranya itu, Raja Abdul Karim pun terus meminum air sirap itu untuk mengambil hati. Tetapi agak malang nasib Raja Abdul Karim sebab selepas lapan minit, matilah Raja Abdul Karim yang tidak mengetahui bahawa air sirap tersebut dibubuh racun secara sengaja.
Melihat keadaan itu, Putera Abdul Nafi amat gembira kerana dia tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk memerintah negara di Kutub Selatan sana. Maka diberatahulah kepada Bendahara bahawa Raja Abdul Karim telah mangkat dan dia telah bersedia untuk ke Kutub Selatan.
Lapan hari kemudian, pergilah Putera Abdul Nafi ke Kutub Selatan meninggalkan saudara kembarnya Putera Abdul Izzudin yang kini memerintah negara di kepulauan Nusantara. Semasa melihat Putera Abdul Nafi berangkat, berkatalah Bendahara kepada Putera Izzudin,"Kasihan dia." "Kenapa Mamak Bendahara?" tanya Putera Abdul Izzudin. "Tiadalah ada apa-apa pun di Kutub Selatan sana melainkan air batu jua," jawab Bendahara dengan muka sedih.
Memang betul kata Bendahara. Putera Abdul Nafi kesejukan di sana sehingga hendak duduk pun susah. Bak kata tiada apa-apalah yang dapat dilakukan.
Mengenangkan kesusahan yang ditempuh oleh Putera Abdul Nafi, maka Bendahara pun menyuruhlah khadam untuk menghantar sekeping tikar ke Kutub Selatan supaya Putera Abdul Nafi selesa duduk di atas tikar.
Pergilah khadam ke Kutub Selatan dengan tikarnya. Dalam perjalanan bertanyalah orang ramai,"Pergi mana tu?" Dijawablah oleh khadam,"Kutub Selatan." "Kutub Selatan? Buat apa?" "Hantar tikar!"
Sepanjang perjalanannya lebih lapan ratus kali orang bertanya dan lebih lapan ratus kali juga khadam menjawab,"Hantar tikar... hantar tikar."
Sehinggalah perkataan tersebut bersemadi di hati orang yang bertanya. Apabila memperkatakan tentang Kutub Selatan, Hantar Tikar tidak terlepas dari mulut mereka dan terkenallah Kutub Selatan dengan nama Hantar Tikar yang diubah ejaannya menjadi Antartika.