Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a .. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan! keluarga Muhammad."
bertuahnyaaa kita bb jdi umat Nabi dan Rasul akhir zaman..Byk klbhan yg kita dpt oleh itu pndai2la kita mnghargainyaa..brselawatla kita byk2 ke atas Rasulullah