Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bunuh syaitan


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Bunuh syaitan



Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu. Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain. Isteri barunya merupakan seorang wanjita yang soleha dan selalu ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau,dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. Isteri :- Abang,abang nak tau tak,ustaz kata bila suami dan isteri itu bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan.Suami :- Yerr kerr.Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa.Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, Isteri :- Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang dan menurut kemahuan isterinya.Dua hari kemudian,Isteri :- Banggg, jom kita bunuh syaitan bang.Keesokan harinya,Isteri :- Banggg, jom kita bunuh syaitan bang.Suami :- Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang??? Isteri :- #@*&$!^

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard